Tuesday, August 15, 2017

SOALAN POPULAR KETIKA BERPANTANG

Pelbagai mitos tentang berpantang kan? Jom banyakkan membaca agar kita beroleh ilmu yang tepat dan betul untuk dipraktikkan ya.



1. Bertangas tidak buka jahitan ?
Mula-mula sekali kena faham tujuan bertangas dan pada masa bila dilakukan.

Pada hari ke-3 berpantang, ibu-ibu yang sembelit disyorkan bertangas basah bagi membantu melancarkan pelawasan. Namun, fokus tangas adalah pada saluran dubur, di mana tempat najis keluar, bukan pada vagina. Maka, Ibu-ibu sendiri perlulah bergerak ke hadapan sedikit agar asar herba membantu membuka saluran dubur yang sembelit dan seterusnya membantu melancarkan pembuangan najis.

Pada hari ke-30 berpantang, luka jahitan telah mulai sembuh (episiotomi). Maka bertangas membantu merapatkan kembali vagina yang longgar. Bagaimana vagina yang membesar sehingga 10cm boleh tutup kembali tanpa apa-apa rawatan? Inilah kenapa mereka yang tidak bertangas mudah mengalami mati putik., di mana dingin dengan suami dan susah hendak klimaks.

2. Berkipas/aircond tidak masuk angin dlm perut ?

Sebenarnya apabila anda berpantang dengan baik selama 100 hari, badan anda betul-betul sihat. Badan akan mudah masuk angin apabila tidak berpantang dengan baik ketika lahirnya anak pertama. 

Banyak cara sebenarnya nak elakkan badan masuk angin. Antara ialah mandian herba dan memakai minyak herba ke seluruh anggota badan selepas sahaja mandi ataupun berparam. Maka, ada lapisan minyak dan herba yang menghalang untuk angin masuk ke dalam badan. 

Apa yang menjadi masalah kepada ibu-ibu moden sekarang ialah mereka mandi menggunakan air suam tanpa herba dan tidak memakai minyak. Walaupun anda mandi air suam tetapi tiada herba, air itu lama-kelamaan akan sejuk juga dan angin mudah masuk. Selain itu, amalan tidak memakai stokin dan berpakaian singkat juga mendedah kepada kemasukan angin.

Berkipas tidaklah memudarat andai anda tahu cara berpantang yang betul.

3. Seminggu selepas brsalin tidak apa-apa ka kalau mandi ?

Mandi wajib setiap hari. Mandi berherba sebaiknya selama 44 hari. Yang menjadi masalah ialah anda mandi air sejuk biasa, memang berbahaya di bawah tempoh 44 hari. Tubuh perlu dicuci kerana ibu-ibu berpantang kerap berpeluh.

4. Boleh potong kuku selepas bersalin ? Atau selepas 44hari ?

Boleh potong kuku ketika berhadas. Anda boleh menyimpan kuku dan mandi wajib sekali nanti. Sanggupkan anda makan dengan kuku hitam panjang???


5. Apa akibat kalau tidak berpantang ?
Artritis ( rasa sakit nyilu di semua sendi badan)


Ketika mengandung, rahim anda mengalami satu proses pembesaran beribu-ribu kali ganda. Selepas bersalin, rahim tersebut akan mengecut. Namun, rahim akan hilang elastisiti jika pemakanan yang anda makan bersifat sejuk dan tinggi xenoestrogen. 

Antara penyakit yang bakal dihidapi bagi mereka yang tidak berpantang ialah meroyan, bentan urat, mati putik, terdedah kepada risiko stroke ( Ummi pernanh merawat ibu stroke selepas dua bulan bersalin secara pembedahan) dan risiko srtritis (ada yang berumur 30an dan 50an) dan mereka ini sentiasa sakit seumur hidup.

Namun, bagi mereka yang berpantang ala-kadar, mereka ini mudah seram sejuk, sejuk tapak kaki, buncit perut, sukar menurunkan berat badan dan mudah kebas kaki dan tapak tangan. Kebas ini jika dibiarkan lama-kelamaan boleh menjadi stroke. Stroke ini umpama mayat yang bernyawa. Tolong ya ambillah berat tentang badan anda!


6. Bolehkah sisir (sikat) rambut? (sikat guasa)


Satu kelebihan dalam teknik rawatan berpantang kami ialah ada sikat guasa. Kami menggunakan sikat ini bagi membantu mengeluarkan angin di dalam kepala ibu-ibu berpantang.Apabila angin ini tidak dikeluarkan, ditambah pula tidur ibu yang tidak cukup, maka ibu-ibu mudah sakit kepala dan meroyan. Selain itu, para ahli terapi kami memang telah diajar untuk berdoa bagi membuang segala 'bad energy' yang boleh menyebabkan ibu-ibu meroyan di kemudian hari. InsyaAllah ini adalah teknik pertama di dunia.

7. Bersauna tidak buat jahitan terbuka ? Sebab kan panas ?

Panas sauna tidak sepanas api ya ;-)
Suhu sauna itu ialah suhu yang boleh diterima oleh badan. Suhu dari periuk sahaja 100'C, namun apabila ianya sampai ke kulit anda, suhu nya adalah sekitar 40'C.
Maka, ianya langsung tidak mengganggu luka jahitan. Namun, saya syorkan anda tutuplah dengan kapas pada bahagian luka jika anda khuatir dan akhirnya mengganggu keselesaan anda bersauna.

8. Tidak mahu urut perut atau letak herba di perut boleh ka ? (Pelanggan Bersalin secara Pembedahan)

Bagi mereka yang bersalin secara pembedahan, badan anda sebenarnya telah mengumpulkan angin yang banyak ketika proses bersalin. Perut yang dibelah sebenarnya telah mengumpulkan udara yang banyak disebabkan suhu aircond yang terlalu sejuk ketika  proses bersalin. 

Maka, itulah sebabnya kami meletakkan sedikit herba bagi membantu mengeluarkan angin daripada perut anda. Herba ini juga akan membantu melawaskan pengeluaran darah nifas anda dan seterusnya membantu mengelakkan anda daripada sembelit.

Selepas seminggu awal bersalin, anda sudah boleh urut seluruh badna kecuali di bawah pusat hingga ke ari-ari. Bahagian perut boleh diurut lembut sekadar membantu pembuangan angin. ( Urutan ini mesti dipelajari dan tidak boleh hanya agak-agak ya).

Selepas sebulan luka jahitan dah pulih sepenuhnya, anda dah boleh berbengkung dan urutan di kawasan rahim sekadar untuk mengecutkan rahim bukan sengkak rahim ya! (Pastikan ahli terapi yang sebaiknya menguruskan anda ).

9. Kalau saya bagi susu baby , kaki selalu menggigil itu sebab apa ya ?

Itu bermaksud rahim anda sedang mengecut. Rahim anda membesar bersama kandungan di dalam perut anda. Maka, selepas bersalin, ia akan mengecut ke posisi asal. 


10. Mandi malam belum sampai 44 hari boleh ka ?

Tidak dibenarkan ya kerana suhu badan memang sejuk ketika darah nifas keluar. Maka, jangan turunkan lagi suhu badan melainkan anda makan makanan dan minuman panas. Sebenarnya anda perlu mandi sebelum waktu asar. Kemudian wajib memakai minyak herba dan menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. (Perlu berbaju lengan panjang). 

11. Makan pedas selepas bsalin boleh mengakibatkan apa ya ?

Makan pedas akan menyebabkan pengumpulan angin di perut. Maka, anda dan bayi yang menyusukan badan akan mudah kembung perut. Bayi yang kembung perut, sukar untuk tidur dengan nyenyak dan kerap menyusu. Namun, jika anda tidak menyusukan badan, badan anda sendiri mudah sakit badan. Apabila badan banyak angin, anda akan mudah sakit belakang, sejuk-sejuk tapak kaki, sembelit dan mudah sakit kepala.

12. Benarkan makan kunyit dan halia boleh sebabkan bayi kuning?


Rata-rata ibu yang mengalami masalah bayi kuning adalah ibu yang tidak menjaga pemakanan sejak dari mengandung. Ketika penghujung kehamilan, mereka ini akan bengkak pada tapak kaki (edema). Bengkak ini menunjukkan pengumpulan toksin di dalam badann dalam kuantiti yang tinggi.
Itulah sebabnya kenapa saya syorkan ibu-ibu buat rendaman kaki sebaik selepas bersalin menggunakan herba boreh. Saya dah tunjukkn caranya di sini, klik :-Elak Bayi Kuning (Jaundise).

Sebenarnya, makanan yang menjadi punca kepada masalah kuning ialah makanan yang tinggi bahan pengawet di mana ianya susah untuk disingkirkan daripada hati. Itulah sebabnya ketika berpantang, makanlah makanan berkhasiat seperti ulam-ulaman, jus segar seperti jus avokado, jamu roselle dan minuman tambah darah. 

13. Benarkah tidak boleh minum jamu ketika berpantang?



Apa sahaja yang kita nak makan, lihatlah apa ramuannya. Jika ada ditulis bahan pengawet, elakkanlah sebaiknya. Hatta bukan ketika berpantang sekalipun.

Jamu ditolak oleh pada doktor kerana ada sesetengah jamu mengandungi dos herba bersifat panas yang terlalu tinggi. Contohnya, menggunakan manjakani dan akar serapat dalam dos yang tinggi.
Maka, ianya susah disingkirkan di hati, memberi bebanan kepada buah pinggang. Ianya bukan sekadar herba ya. Walaupun anda makan buah dalam kadar yang banyak, ia turut memberi bebanan kepada hati. Senang difahami, BERSEDERHANA.

Itulah sebabnya saya mencipta maajun yang sesuai untuk ibu menyusu bayi di mana mengandungi halba dan habbatus sauda. Ianya sangat membantu meransang pengeluaran susu ibu.
Bagaimana anda hendak mengetahu bahawa maajun itu adalah 'milkbooster'? Anda akan berpeluh dengan banyak, di mana proses detoks berlaku dan ianya memang berlaku kepada Maajun Tembak Angin yang saya hasilkan insyaAllah! Maajun ini elok dimakan selepas seminggu bersalin. Namun, jika selepas bersalin, anda mengalami sakit yang teramat sangat di ari-ari dan sembelit yang teruk, maka boeh bermula makan seawal ini.
Maajun Tembak Angin ;-)


InsyaAllah kita cuba tambah apa yang kurang, kita cuba bantu apa yanga kita boleh.

Semoga ilmu bermafaat saya kongsikan bermanfaat kepada anda semua. Saya berharap anda sebarkanlah ilmu yang betul bagi membantu ibu-ibu muda di luar sana yang langsung tidak berpantang dan sakit badan hingga ke saat ini.
Bagi yang sakit, berpantanglah semula. Tiada apa-apa kerugian, malah badan anda makin sihat!



Ummi Syatirah
Kak Bidan Sempoi Sabah
018-3677769.
Qulusa Therapy, Pasir Putih Putatan.

~ Nak Pakej Berpantang Terbaik di Sabah? Klik link ni: Pakej Berpantang Terbaik
~Maajun Tembak Angin :-Maajun Kecutkan Peranakan




No comments:

Post a Comment