Wednesday, June 7, 2017

Masalah Haid Wanita

Ramai wanita yang mengalami masalah berkaitan darah haid tidak lancar dan susah nak menentukan waktu terbaik untuk mandi wajib.

Cara paling bagus sebelum 3 hari darah haid anda habis, iaitu ketika darah sudah coklat atau darah setitik sahaja ialah melakukan rutin bertangas. Bertangas adalah sangat bagus untuk membantu mengeluarkan saki baki darah haid anda sebelum anda mandi wajib.

- Petua Menjaga Aset Wanita :-

Sebaik selepas sahaja anda bertangas, buatlah rendaman vagina.
Herba tangas yang telah digunakan, anda campurkan dengan air biasa. Apabila suam2 anda pun masuk duduk di dalam besen.
Meruang semasa tu sambil scrub celah2 peha...
.
Seriously, keputihan, masalah berbau, yg hitam semua akan jadi pinkish habis, ketat semula seperti anak dara..wow!!!
.
Anda akan lihat muka anda pun pinkish...
Naik aura seri tau ðŸ˜˜


Jika nak mendapatkan herba tangas atau rawatan bersama kami, call/ whatsupp: 018-3677769


Herba Tangas yang saya sendiri hasilkan dan telah membantu ramai wanita di luar sana!
Order: 0183677769

Namun, jika perut anda terlalu keras, anda sukar hamil, maka, saya syorkan anda membuat rawatan untuk kami bantu anda sebaik mungkin. Herba tangas adalah membantu jika masalah anda tidak kritikal seperti anda hanya ingin maintain kesihatan darah haid yang lancar contohnya. ( Sila scroll ke bawah untuk lihat detail ya)

Info lanjut penulisan saya berkenaan mati pucuk yang dikeluarkan oleh Mingguan Wanita:-

http://www.mingguanwanita.my/pilihan-mw/ambil-serius-masalah-mati-putik-ia-boleh-sebabkan-penceraian-ikhtiarkan-rawatan-masker-vagina-1.674075








Tuesday, June 6, 2017

Panduan Berpuasa Ibu Menyusu



Tahukah anda bahawa jika anda terlebih mengambil makanan bersifat panas, anda dan bayi anda mudah demam? Ditambah pada bulan puasa, badan anda kekurangan air. Maka, nasihat saya, sediakan 1.5L air, letak di sebelah katil atau sebelah tempat solat anda agar anda dapat mengambil jumlah air yang secukupnya. Ibu-ibu menyusukan bayi hendaklah minum air setiap 30 minit sekali sebaik berbuka puasa sehinggalah anda tidur. Air yang kurang di dalam badan boleh menyebabkan anak anda demam.

Sebaiknya, blend buah tembikai bersama kurma. Anda tidak perlu lagi menambah gula, berpadalah dengan manisnya kurma. Boleh tambahkan madu jika anda ingin kesan yang lebih efektif.

Mari kita teliti apa yang disyorkan oleh Nabi kita,
Abu Daud menambahkan dalam riwayatnya bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Panasnya buah ini (kurma), kita seimbangkan dengan dinginnya buah ini ( semangka/ tembikai). Hadis ini disahihkan oleh Al_Suyuti dan Al-Arnauth)

Namun begitu, ibu yang masih berpantang, anda boleh gantikan tembikai dengan asam jawa ya...


Ummi Syatirah
Kak Bidan Sempoi


Monday, June 5, 2017



Bagaimana hendak memilih jamu atau maajun?

Nasihat saya jika anda ingin membeli maajun ataupun jamu dapatkan nasihat penggunaan. Dos adalah berbeza bagi setiap wanita.

Dos yang tinggi boleh diambil jika:-
1. Anda berpantang
2. Anda gastrik & sembelit teruk
3. Anda ikhtiar inginka zuriat (Tips: Pastikan anda tiada mimpi buruk/ disihir)
4. Senggugut dan keputihan

Namun, pengambilan jamu/ maajun mesti disusuli dengan air mineral yang banyak kerana dos herba adalah tinggi.

Pastikan juga, anda membeli dengan mereka yang betul-betul boleh bimbing anda. Jika tersalah makan, bahaya kepada badan ya!

Sedikit tips:
Maajun akan membuatkan rahim anda subur. Jika anda merancang jarakkan kehamilan, cari maajun dari akar inai. Boleh bertangas dan bertungku di perut semasa waktu subur.

Ummi Syatirah
Kak Bidan Sempoi


Sunday, May 14, 2017

Perancang Alami

Ikhtiar Perancang Alami

Ramai yang mengalami masalah kenaikan berat badan mendadak selepas mengambil ubat perancang. Tidak kurang juga yang mengalami pendarahan melebihi 15 hari ketika darah haid. Ada juga yang pening kepala dan sembelit.

Maka, anda juga boleh merancang secara alami kerana ianya lebih selamat namun kebergantungan kepada Allah mestilah tinggi bahawa Dialah sebaik-baik pemberi zuriat.

Antara cara yang boleh anda lakukan ialah:-

1.Berbincang & dapatkan persetujuan suami. Bincangkan berapa tahun kita mahu merancang untuk mendapatkan anak semula. Dapatkan kata sepakat.
Berapa ramai ibu2 yang tidak pernah pun meminta keizinan suami untuk merancang. Ingat, suami kunci Syurga kita ibu-ibu.
2. Mesti faham & hadam bahawa Allah sebaik-baik Penentu takdir rezeki kita. Jika dia takdirkan kita anak 10 orang, gunalah apa sahaja ubat, pasti tidak berjaya!
3. Namun, jika anda ada masalah kesihatan, adakah anda harus duduk diam & hanya ambil perancang? Itulah sebabnya perlu malah wajib buat rawatan sebaik sahaja bersalin. Rahim, usus, buah pinggang & perut adalah organ yang terlibat dan akan bermasalah jika anda tidak merawat selepas bersalin. Sembelit, angin yang banyak, kebas2, sejuk2 kaki, kencing sakit & tak lawas adalah antara kesan daripada tidak berpantang dengan baik.
4. Banyak sangat kesan sampingan daripada pengambilan ubat perancang. Antaranya hormon terganggu, masalah kesuburan, masalah haid,masalah berat badan dan pening kepala.

Namun yang menjadi isu sekarang,
'JIKA SAYA BELUM BERSEDIA, SAYA SAKIT, SAYA MAHU MENJARAKKAN KELAHIRAN.'

Solusinya;-
1. Tolong ya ibu-ibu buat rawatan sehingga badan anda betul-betul sihat.
2. Tips ketika bersama:-
a) Sebelum bersama, rancang jadual 'bersama' suami, elakkan bersama pada waktu subur.
b) Makanlah herba yang sejuk atau minum sahaja teh tarik, makan sayur2 bersifat sejuk seperti kangkung, timun, nangka,air kelapa supaya rahim anda sejuk & air mani suami sedikit dan kurang kualiti. Ini adalah ikhtiar kerana suhu yang sejuk mengurangkan % peratusan kehamilan.
c) Sebelum bersama, perbetulkan Niat. Ak bersama suami kerana Allah taala. Tugas aku melayan suami. Minta suami sama2 berdoa agar sesi bersama ini hanyalah untuk kemesraan suami isteri bukan tujuan untuk mendapatkan zuriat. Ramai yang hamil kerana suami inginkan zuriat.
d) Suami boleh ikhtiar dengan pancut di luar. Namun, di dalam air mazi juga ada sperma. Mahu tak mahu isteri mesti rajin untuk bangun dan terus cuci sebaik sahaja 'bersama'. Lakukanlah meruang herba kerana herba yang panas boleh mematikan spema!
.
Namun begitu saya mohon sesiapa sahaja yang mengambil ubat perancang dengan niat merancang, minta istighfar & buat solat taubat. Perbetulkan 'aqidah anda bahawa Allah sebaik-baik perancang.
Kenapa ilmu ini sangat mahal, kerana ianya berkaitan Akidah & kefahaman.
.
Satu lagi persoalan, bagaimanakah jika anda sukar hamil selepas sahaja mengambil perancang?
Boleh hubungi saya untuk saya bantu cek punca anda sukar hamil ya...

Ummi Syatirah
Kak Bidan Sempoi

Produk Ummi

Alhamdulillah berkat berguru dengan ramai guru, banyak ilmu yang Ummi pelajari. Guru saya amat menekankan untuk menggunakan produk alami bebas bahan kimia agar produk yang digunakan oleh pelanggan kita selamat.

Alhamdulillah, ini adalah sebahagian daripada produk yang Ummi keluarkan. Selebihnya adalah jamu dan jus frozen kerana tiada pengawet.











Saturday, May 13, 2017

Apakah Tangas?

Tangas ini adalah amalan puteri-puteri raja terdahulu. Namun, bagi masyarakat kita, yang popular hanyalah urut dan bertungku. Namun, ianya kembali popular apabila pelbagai masalah vagina yang dialami oleh wanita masa kini disebabkan makanan tidak berkhasiat dan tinggi gula.

Apakah Tangas?
Tangas ialah herba campuran terdiri dariapda manjakani, sireh, inai, habbatus sauda dan herba-herba terpilih.
Tangas berfungsi mengecutkan peranakan, mengetat serta mewangikan vagina. Ianya juga membantu ibu-ibu yang ada masalah buasir dan mempunyai ketumbuhan di dalam rahim seperti fibroid. Ianya juga membantu masalah senggugut, keputihan dan juga gastrik.

Jenis-jenis tangas
- Tangas Basah ialah herba yang dicampurkan bersama air yang banyak. Tujuannya adalah untuk mengekalkan kelembapan vagina. Ianya amat sesuai untuk digunakan bagi memberikan kelembapan kepada vagina. Sesuai buat golongan yang mengalami simptom menopaus. Namun, bagi mereka yang baru sahaja bersalin juga digalakkan menggunakan herba tangas basah ini.

- Tangas kering ialah herba yang dicampurkan bersama sedikit sahaja air atau tidak dicampur langsung. Ianya  berfungsimenghilangkan lebihan cecair daripada badan seperti mereka yang mengalami keputihan. Selain itu ianya berfungsi mengecutkan rahim peranakan, mewangikan vagina serta membantu mereka yang mempunyai masalah fibroid dan period yang tidak stabil.

* Tangas basah dan kering hendaklah dibuat sekali agar keseimbangan cecair di dalam badan membantu merawat semua jenis masalah kewanitaan.

Bila Menggunakannya?
- Sebaiknya ketika darah nifas hampir tiada seperti pada hari ke-30.
- Ketika darah haid hampir habis.
Ianya bertujuan membantu mengeluarkan semua sisa-sisa baki darah yang tertinggal.
- Boleh dilakukan 3 kali seminggu atau setiap hari bagi mereka yang bermasalah seperti susah mendapat anak dan fibroid.

Bagaimana menggunakannya?
Tangas Basah: Masukkan 2 sudu herba tangas bersama 2 gelas air ke dalam periuk. Masak sehingga didih berasap selama 5 minit. Kemudian, letakkan ke dalam baldi atau bekas dan duduklah ke atas kerusi sambil kangkang kaki. Rasakan
kesedapan herba itu meresap masuk ke vagina dan perut anda akan berasa lembut dan tidak lagi terik.
Tangas kering: Masukkan 2 sudu herba tangas bersama 2 sudu air. Jadikan 'paste'. Kemudian, panaskan batu tungku di atas api yang kecil sehingga ianya betul-betul panas (10minit). Kemudian, letakkan paste tersebut ke atas batu tersebut dan kangkanglah di atasnya selama 10 minit.


Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi saya,
Bidan Ummi Syatirah 010-9314769

Bagaimanakah Menjaga Alat Sulit Wanita?

Sebelum kita teliti apakah langkah rawatan bagi alat sulit wanita, kita perhalusi dahulu apakah masalah pada alat sulit wanita.

Masalah Utama  Alat Sulit Wanita:-
1) Alat sulit yang gelap dan sejuk selepas bersalin
2) Jerawat dan gatal pada alat sulit wanita
3) Keputihan berbau dan berwarna
4) Vagina longgar

Rawatan yang sesuai bagi masalah alat sulit yang gelap dan sejuk selepas bersalin ialah melakukan tangas, disusuli dengan melakukan scrub dan masker. Tangas bertujuan membuka liang-liang pori dan apabila herba discrub dan masker pada kulit, maka herba tersebut mudah menyerap ke dalam kulit.

Kemudian, rawatan yang sesuai bagi masalah jerawat dan gatal pada alat sulit wanita ialah bertangas. Tangas mengandungi sireh dan garam yang bersifat antibakterial.

Keputihan berbau dan berwarna pula boleh diatasi dengan memasukkan herba ke dalam vagina (insert). Herba ini berfungsi membantu mengeluarkan keputihan. Selain itu, ia juga akan menarik dinding di sekitar vagina yang longgar
untuk kembali rapat. Pengalaman Ummi membuat rawatan Miss V terapi, Vagina akan ketat dalam masa 10 minit selepas herba dimasukkan. Herba yang dimasukkan ke dalam vagina itu mestilah betul-betul proses semasa pemprosesannya. Alhamdulillah Ummi sangat menjaga kualiti ketika pemprosesan herba ini dijalankan.

Selain itu, jadikanlah rutin bertangas semasa darah sudah menjadi coklat. Ianya sangat bagus membantu mengeluarkan sisa baki darah yang masih tertinggal.
Air herba rebusan tangas tadi janganlah dibuang tetapi jadikanlah rendaman vagina.

Bacaan Lanjut di sini ya:-
Bacaan lanjut mati Putik dan Produk Terbaik

Jika pelbagai cara telah anda jalankan namun tidak juga berkesan, boleh hubungi saya untuk sesi konsultasi dahulu, 018-3677769.



                                                Sumber Gambar : Google




Untuk Mendapatkan Set rawatan Miss V 100% herba, whatsupp 017-8387695

Dibuat sendiri oleh Ummi Syatirah, Kak Bidan Sempoi ;-)