Tuesday, August 15, 2017

SOALAN POPULAR KETIKA BERPANTANG

Pelbagai mitos tentang berpantang kan? Jom banyakkan membaca agar kita beroleh ilmu yang tepat dan betul untuk dipraktikkan ya.



1. Bertangas tidak buka jahitan ?
Mula-mula sekali kena faham tujuan bertangas dan pada masa bila dilakukan.

Pada hari ke-3 berpantang, ibu-ibu yang sembelit disyorkan bertangas basah bagi membantu melancarkan pelawasan. Namun, fokus tangas adalah pada saluran dubur, di mana tempat najis keluar, bukan pada vagina. Maka, Ibu-ibu sendiri perlulah bergerak ke hadapan sedikit agar asar herba membantu membuka saluran dubur yang sembelit dan seterusnya membantu melancarkan pembuangan najis.

Pada hari ke-30 berpantang, luka jahitan telah mulai sembuh (episiotomi). Maka bertangas membantu merapatkan kembali vagina yang longgar. Bagaimana vagina yang membesar sehingga 10cm boleh tutup kembali tanpa apa-apa rawatan? Inilah kenapa mereka yang tidak bertangas mudah mengalami mati putik., di mana dingin dengan suami dan susah hendak klimaks.

2. Berkipas/aircond tidak masuk angin dlm perut ?

Sebenarnya apabila anda berpantang dengan baik selama 100 hari, badan anda betul-betul sihat. Badan akan mudah masuk angin apabila tidak berpantang dengan baik ketika lahirnya anak pertama. 

Banyak cara sebenarnya nak elakkan badan masuk angin. Antara ialah mandian herba dan memakai minyak herba ke seluruh anggota badan selepas sahaja mandi ataupun berparam. Maka, ada lapisan minyak dan herba yang menghalang untuk angin masuk ke dalam badan. 

Apa yang menjadi masalah kepada ibu-ibu moden sekarang ialah mereka mandi menggunakan air suam tanpa herba dan tidak memakai minyak. Walaupun anda mandi air suam tetapi tiada herba, air itu lama-kelamaan akan sejuk juga dan angin mudah masuk. Selain itu, amalan tidak memakai stokin dan berpakaian singkat juga mendedah kepada kemasukan angin.

Berkipas tidaklah memudarat andai anda tahu cara berpantang yang betul.

3. Seminggu selepas brsalin tidak apa-apa ka kalau mandi ?

Mandi wajib setiap hari. Mandi berherba sebaiknya selama 44 hari. Yang menjadi masalah ialah anda mandi air sejuk biasa, memang berbahaya di bawah tempoh 44 hari. Tubuh perlu dicuci kerana ibu-ibu berpantang kerap berpeluh.

4. Boleh potong kuku selepas bersalin ? Atau selepas 44hari ?

Boleh potong kuku ketika berhadas. Anda boleh menyimpan kuku dan mandi wajib sekali nanti. Sanggupkan anda makan dengan kuku hitam panjang???


5. Apa akibat kalau tidak berpantang ?
Artritis ( rasa sakit nyilu di semua sendi badan)


Ketika mengandung, rahim anda mengalami satu proses pembesaran beribu-ribu kali ganda. Selepas bersalin, rahim tersebut akan mengecut. Namun, rahim akan hilang elastisiti jika pemakanan yang anda makan bersifat sejuk dan tinggi xenoestrogen. 

Antara penyakit yang bakal dihidapi bagi mereka yang tidak berpantang ialah meroyan, bentan urat, mati putik, terdedah kepada risiko stroke ( Ummi pernanh merawat ibu stroke selepas dua bulan bersalin secara pembedahan) dan risiko srtritis (ada yang berumur 30an dan 50an) dan mereka ini sentiasa sakit seumur hidup.

Namun, bagi mereka yang berpantang ala-kadar, mereka ini mudah seram sejuk, sejuk tapak kaki, buncit perut, sukar menurunkan berat badan dan mudah kebas kaki dan tapak tangan. Kebas ini jika dibiarkan lama-kelamaan boleh menjadi stroke. Stroke ini umpama mayat yang bernyawa. Tolong ya ambillah berat tentang badan anda!


6. Bolehkah sisir (sikat) rambut? (sikat guasa)


Satu kelebihan dalam teknik rawatan berpantang kami ialah ada sikat guasa. Kami menggunakan sikat ini bagi membantu mengeluarkan angin di dalam kepala ibu-ibu berpantang.Apabila angin ini tidak dikeluarkan, ditambah pula tidur ibu yang tidak cukup, maka ibu-ibu mudah sakit kepala dan meroyan. Selain itu, para ahli terapi kami memang telah diajar untuk berdoa bagi membuang segala 'bad energy' yang boleh menyebabkan ibu-ibu meroyan di kemudian hari. InsyaAllah ini adalah teknik pertama di dunia.

7. Bersauna tidak buat jahitan terbuka ? Sebab kan panas ?

Panas sauna tidak sepanas api ya ;-)
Suhu sauna itu ialah suhu yang boleh diterima oleh badan. Suhu dari periuk sahaja 100'C, namun apabila ianya sampai ke kulit anda, suhu nya adalah sekitar 40'C.
Maka, ianya langsung tidak mengganggu luka jahitan. Namun, saya syorkan anda tutuplah dengan kapas pada bahagian luka jika anda khuatir dan akhirnya mengganggu keselesaan anda bersauna.

8. Tidak mahu urut perut atau letak herba di perut boleh ka ? (Pelanggan Bersalin secara Pembedahan)

Bagi mereka yang bersalin secara pembedahan, badan anda sebenarnya telah mengumpulkan angin yang banyak ketika proses bersalin. Perut yang dibelah sebenarnya telah mengumpulkan udara yang banyak disebabkan suhu aircond yang terlalu sejuk ketika  proses bersalin. 

Maka, itulah sebabnya kami meletakkan sedikit herba bagi membantu mengeluarkan angin daripada perut anda. Herba ini juga akan membantu melawaskan pengeluaran darah nifas anda dan seterusnya membantu mengelakkan anda daripada sembelit.

Selepas seminggu awal bersalin, anda sudah boleh urut seluruh badna kecuali di bawah pusat hingga ke ari-ari. Bahagian perut boleh diurut lembut sekadar membantu pembuangan angin. ( Urutan ini mesti dipelajari dan tidak boleh hanya agak-agak ya).

Selepas sebulan luka jahitan dah pulih sepenuhnya, anda dah boleh berbengkung dan urutan di kawasan rahim sekadar untuk mengecutkan rahim bukan sengkak rahim ya! (Pastikan ahli terapi yang sebaiknya menguruskan anda ).

9. Kalau saya bagi susu baby , kaki selalu menggigil itu sebab apa ya ?

Itu bermaksud rahim anda sedang mengecut. Rahim anda membesar bersama kandungan di dalam perut anda. Maka, selepas bersalin, ia akan mengecut ke posisi asal. 


10. Mandi malam belum sampai 44 hari boleh ka ?

Tidak dibenarkan ya kerana suhu badan memang sejuk ketika darah nifas keluar. Maka, jangan turunkan lagi suhu badan melainkan anda makan makanan dan minuman panas. Sebenarnya anda perlu mandi sebelum waktu asar. Kemudian wajib memakai minyak herba dan menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. (Perlu berbaju lengan panjang). 

11. Makan pedas selepas bsalin boleh mengakibatkan apa ya ?

Makan pedas akan menyebabkan pengumpulan angin di perut. Maka, anda dan bayi yang menyusukan badan akan mudah kembung perut. Bayi yang kembung perut, sukar untuk tidur dengan nyenyak dan kerap menyusu. Namun, jika anda tidak menyusukan badan, badan anda sendiri mudah sakit badan. Apabila badan banyak angin, anda akan mudah sakit belakang, sejuk-sejuk tapak kaki, sembelit dan mudah sakit kepala.

12. Benarkan makan kunyit dan halia boleh sebabkan bayi kuning?


Rata-rata ibu yang mengalami masalah bayi kuning adalah ibu yang tidak menjaga pemakanan sejak dari mengandung. Ketika penghujung kehamilan, mereka ini akan bengkak pada tapak kaki (edema). Bengkak ini menunjukkan pengumpulan toksin di dalam badann dalam kuantiti yang tinggi.
Itulah sebabnya kenapa saya syorkan ibu-ibu buat rendaman kaki sebaik selepas bersalin menggunakan herba boreh. Saya dah tunjukkn caranya di sini, klik :-Elak Bayi Kuning (Jaundise).

Sebenarnya, makanan yang menjadi punca kepada masalah kuning ialah makanan yang tinggi bahan pengawet di mana ianya susah untuk disingkirkan daripada hati. Itulah sebabnya ketika berpantang, makanlah makanan berkhasiat seperti ulam-ulaman, jus segar seperti jus avokado, jamu roselle dan minuman tambah darah. 

13. Benarkah tidak boleh minum jamu ketika berpantang?



Apa sahaja yang kita nak makan, lihatlah apa ramuannya. Jika ada ditulis bahan pengawet, elakkanlah sebaiknya. Hatta bukan ketika berpantang sekalipun.

Jamu ditolak oleh pada doktor kerana ada sesetengah jamu mengandungi dos herba bersifat panas yang terlalu tinggi. Contohnya, menggunakan manjakani dan akar serapat dalam dos yang tinggi.
Maka, ianya susah disingkirkan di hati, memberi bebanan kepada buah pinggang. Ianya bukan sekadar herba ya. Walaupun anda makan buah dalam kadar yang banyak, ia turut memberi bebanan kepada hati. Senang difahami, BERSEDERHANA.

Itulah sebabnya saya mencipta maajun yang sesuai untuk ibu menyusu bayi di mana mengandungi halba dan habbatus sauda. Ianya sangat membantu meransang pengeluaran susu ibu.
Bagaimana anda hendak mengetahu bahawa maajun itu adalah 'milkbooster'? Anda akan berpeluh dengan banyak, di mana proses detoks berlaku dan ianya memang berlaku kepada Maajun Tembak Angin yang saya hasilkan insyaAllah! Maajun ini elok dimakan selepas seminggu bersalin. Namun, jika selepas bersalin, anda mengalami sakit yang teramat sangat di ari-ari dan sembelit yang teruk, maka boeh bermula makan seawal ini.
Maajun Tembak Angin ;-)


InsyaAllah kita cuba tambah apa yang kurang, kita cuba bantu apa yanga kita boleh.

Semoga ilmu bermafaat saya kongsikan bermanfaat kepada anda semua. Saya berharap anda sebarkanlah ilmu yang betul bagi membantu ibu-ibu muda di luar sana yang langsung tidak berpantang dan sakit badan hingga ke saat ini.
Bagi yang sakit, berpantanglah semula. Tiada apa-apa kerugian, malah badan anda makin sihat!



Ummi Syatirah
Kak Bidan Sempoi Sabah
018-3677769.
Qulusa Therapy, Pasir Putih Putatan.

~ Nak Pakej Berpantang Terbaik di Sabah? Klik link ni: Pakej Berpantang Terbaik
~Maajun Tembak Angin :-Maajun Kecutkan Peranakan




Sunday, August 13, 2017

Nak Sihat itu Mudah!

Anda nak tahu rahsia RATU👸 & PERMAISURI ISTANA kekal Cantik selepas Bersalin???


.

Mereka menggunakan Boreh Ajaib selama 100 hari berpantang tau! ðŸ˜Ž

Boreh Ajaib adalah rempah campuran pelbagai jenis herba berkualiti tinggi, diformulasikan untuk menarik segala toksin dan membantu memulihkan sistem badan kembali.
Ianya suatu ketika dahulu adalah lulur Ratu di Indonesia untuk mendapatkan kulit yang lembut dan putih  Kulit jadi putih melepak, pinkish dan lembut...Owh Mai God!!!!😊
Namun, formulasi kami diperbaharui bagi membantu merawat masalah saraf terutamanya ibu-ibu selepas bersalin dan membantu menyingkirkan toksik dan lemak daripada badan melalui sistem perpeluhan, di mana adalah cara terbaik untuk detoks kerana badan adalah organ detoks terbesar.

( Boreh Ajaib is a traditional warm spice exfoliation and wrap to help relieve muscle tension, aches and increases blood circulation)

Di sini saya share kan bagaimana anda nak SERVIS diri sendiri ya...

RAWATAN KAKI & DETOKS
1. Rendaman Kaki (detoks untuk bengkak kaki, ghout): Herba boreh ajaib 2 sudu+hirisan lemon+ 1 biji roselle + air suam
2. Rawatan Tumit Kaki Pecah : 4 sudu herba boreh+soda bikarbonat+ air panas
Rujuk Video pertama saya kongsikan di facebook saya ya. Klik sini: Rawatan Kaki

RAWATAN DETOKS KURUSKAN BADAN, KEMPISKAN PERUT
3. Bersauna : 2 sudu boreh ajaib+limau purut+ daun pandan & daun serai wangi
4. kempiskan Perut : 2 sudu boreh+ asam jawa/ limau

Rujuk Video Episod ke-2 saya, Klik sini:- KURUS


RAWATAN VAGINA 
5. Bertangas basah: 2-4 sudu boreh ajaib+ daun inai+daun sireh+manjani 2 sudu teh/ 2 biji+ 3 gelas air.
Bertangas kering: Panaskan batu sungai 10 minit dengan api perlahan,ambil 2 sudu boreh+ air asam jawa 1 sudu/ limau purut/ lemon+ air 5 sudu, jadikan paste, kemudian setelah batu keluarkan bau, letak paste tersebut atas batu dan perah limau.

Rujuk video episod ketiga saya :- VAGINA GRIP

 RAWATAN WAJAH ( RESDUNG) & TURUNKAN KUNING JAUNDISE BAYI

6. Stim Wajah : 2 sudu boreh ajaib + air 2 gelas, stim wajah selama 10 minit
Air Rebusan tersebut jangan dibuang, terus buat rendaman kaki untuk detoks. Sangat bagus untuk selesema dan nak elak demam ya. Namun, jika demam, boleh lebihkan rendaman kaki (3 kali sehari).

Rujuk Video episod ke-empat saya :TURUNKAN KUNING BAYI & RAWAT RESDUNG

Nak Cuba Rasa KEBERKESAN herba boreh ajaib ke atas badan anda? NAK DISKAUN??
Whatsupp di nombor bawah ya ;-)

Ummi Syatirah
Kak Bidan Sempoi

JOM RASAKAN KEHEBATAN BOREH AJAIB SEKARANG! : 

017-8387695

























Tuesday, July 25, 2017

BENARKAH TIDAK BOLEH MINUM AIR BANYAK KETIKA BERPANTANG?

Benarkah tidak boleh minum air yang banyak ketika berpantang?


InsyaAllah saya akan cuba kupas dari dua aspek berbeza ya.

Menurut Teori Perubatan Moden :-
Menekankan perlunya jumlah air yang mencukupi untuk mengelakkan kes darah beku di kaki ibu bersalin yang boleh menyebabkan salur darah di paru-paru tersumbat. Darah beku ini bergantung kepada hukum Virchow's Triad ( ilmu asas Patofisiologi). 3 elemen dalam pembekuan darah iaitu statis (tidak bergerak), hypercoagubality (keadaan darah mudah membeku) dan ketiga pula, endothelial injury (kecederaan pada salur darah)

Pada aspek fisiologi & biokimia, ketika wanita berpantang, kandungan bahan penggumpal / pembekuan darah berbeza komponennya. Darah menjadi lebih membeku ( hypercoagubality) bagi mengelakkan kejadian tumpah darah (PPH), di mana berisiko mendapat DVT ( Deep Vein Thrombosis, iaitu situasi darah beku di kaki) yang membawa pula kepada kejadian PE (Pulmonary Embolism, darah beku di saluran darah paru-paru).

Luka bersalin seperti luka episiotomi, koyakan perineum dan pembedahan LSCS, menyebabkan salur darah tercedera samada sedikit ataupun banyak (endothelial injury).
Saluran darah yang tercedera dan kekurangan air boleh mengganggu kelancaran aliran darah (stasis)

Teori Perbidanan Lama :-
Mengehadkan pengambilan air biasa ( air mineral), dengan melebihkan pengambilan air akar kayu dengan dos yang rendah. Jumlah air biasa dihadkan kerana dipercayai boleh menyebabkan rahim kembang, di mana selepas bersalin, rahim perlu melalui proses pengecutan.

Namun, bukan semua orang berani untuk mengambil air akar kayu kerana khuatir susu badan boleh berkurangan.


Perubatan moden percaya banyak kes darah beku di kalangan ibu berpantang disebabkan kekurangan minum air. Ada beberapa kes yang amat serius hingga membawa kepada kematian ibu. Apabila ketulan darah beku bergerak dalam aliran darah dan berhenti di paru-paru, membuatkan saluran darah tersumbat ( Venous Thrombo Embolism), iaitu carta ketiga teratas penyebab kematian ibu ( Maternal Motality) di Malaysia dan serata dunia.

Sebenarnya, mengikut teori Perbidanan Lama, mereka tidaklah mengehadkan jumlah pengambilan air, tetapi air biasa digantikan dengan air akar kayu bagi membantu proses penyembuhan badan ibu itu sendiri. Orang dahulu hanya minum air akar kayu selama 44 hari berpantang, maksudnya mereka perlu menyediakan air akar kayu berbotol-botol. Maka, sebenarnya kandungan air di dalam badan mereka adalah tinggi. Dengan keadaan badan yang lemah disebabkan kekurangan darah selepas bersalin, maka pengambilan air akar kayu ataupun jus buah adalah sangat membantu mempercepatkan proses penyembuhan buat ibu berbanding hanya meminum air biasa.

Apa yang terjadi kepada ibu-ibu moden pada hari ini ialah, mereka langsung tidak makan sebarang herba dan kurang meminum air, di samping makan makanan tidak berkhasiat sejak dari hamil hinggalah berpantang. Adab berpantang cara lama sebenarnya sudah cukup lengkap jika ingin dihuraikan secara ilmiah. Contohnya, meminum air herba atau menelan maajun dan urutan itu sendiri adalah cara terbaik membantu melancarkan pengaliran darah ke seluruh tubuh badan.


Hasil ilmiah bagi teori perubatan moden di atas dirujuk daripada penulisan buku, Ummi On Call lagi, tulisan Dr. Nurul Khairiyah Khairuddi, Doktor Pakar Sakit Puan, Hospital Kuala Lumpur.

Kak Bidan Sempoi Sabah.
Qulusa Therapy
UIS Special Therapy Sdn Bhd.
018-3677769.

* Saya tidak membenarkan anda copy paste penulisan saya untuk tujuan pemasaran produk anda. Setiap ilmu, ada adabnya. 



Tuesday, July 18, 2017

PENUTUPAN PANTANG MENGIKUT KAEDAH LAMA DAN MODEN

Menamatkan rawatan untuk tempoh berpantang dengan ritual atau teknik rawatan yang khas mengikut bidan atau perawat asing-masing.

Maksud penutupan pantang ialah amalan orang Melayu dahulu untuk sesi terakhir bagi rawatan berpantang. Lain bidan, lain caranya. Ianya terbahagi kepaada beberapa bahagian mengikut kawasan tersebut. Bahan pelepas digunakan bagi mengelakkan angin daripada memasuki badan (angin jahat) dan juga bertujuan mengelakkan gangguan jin daripada memasuki badan ( bad energy).  

Seperti yang kita tahu, mereka yang berpantang terdedah pada gangguan makhluk halus disebabkan badan yang lemah dan pengeluaran narah nifas dalam tempoh yang lama berbanding darah haid.

Bidan-bidan dahulu menggunakan 3 kaedah ini untuk melakukan amalan penutupan pantang.
1- Benang mentah
2- Kain batik lepas ( kain batik yang belum dijahit), biasanya di hadiahkan pada bidan selepas rawatan.
3- Mandian herba pelepasan pantang

Amalan benang mentah dan kain batik lepas banyak digunakan di Kelantan dan mandian herba pelepasan pantang pula banyak digunakan oleh masyarakt Sabah.

Untuk benang mentah, 1 tali atau benang panjang dicantumkan pada hujungkan dan dibawa masuk bermula kepala hinggalah ke kaki ibu dengan niat membuang semua anasir buruk ( bad energy) daripada si ibu.

Bagi Kain Batik Lepas pula, kain dilalukan di atas kepala ibu, seterusnya ke badan dan kaki.

Untuk kaedah mandian herba pula, ibu akan dimandikan oleh bidan sendiri daripada kepala hinggalah ke kaki. Ada juga yang menggunakan bunga-bunga untuk mandian ini bertujuan menaikkan seri wajah ibu. Seri wajah ibu hanya akan kelihatan setelah semua anasir negatif (bad energy) ini keluar daripada badan si ibu.

Penutupan pantang ini penting untuk wanita dalam pantang kerana:-

1-Sangat penting bagi mengelakkan angin cepat masuk ke dalam badan
2- Merawat bad energy selama tempoh berpantang. Gangguan ini boleh masuk ke dalam badan melalui dua cara iaitu stress disebabkan masalah kesihatan ibu dan bayi ataupun tumpangan sihir.
3- Ianya adalah bagi menandakan tamatnya tempoh berpantang.

Kelebihan mereka yang melakukan rawatan penutupan pantang ialah keadaaan rahim mereka boleh diperiksa oleh bidan samada betul-betul telah kecut ataupun belum kecut. Rahim akan betul-betul kecut dan berada pada posisi yang betul selepas darah nifas berhenti. Namun, apabila tiada rawatan penutupan pantang dijalankan, maka anda sendiri tidak tahu keadaan rahim anda ketika itu. Maksudnya,rahim yang mengembang selama 9 bulan mengandung belum betul-betul mengecut. Ianya boleh dilihat pada perut yang masih buncit seperti mengandung 3 bulan.

Pengalaman saya menguruskan ibu berpantang, 3 hari terakhir ketika darah nifas bertukar warna daripada merah kepada coklat, rawatan yang paling minima untuk dilakukan ialah bertangas dan urutan rahim. Tangas bertujuan mengeluarkan habis sisa baki darah nifas agar selepas mandi wajib, darah nifas tidak lagi keluar semula. Urutan pula berfokus kepada 3 perkara iaitu, proses mengeluarkan angin daripada perut & usus, proses membantu pengecutan rahim dan proses menaikkan rahim iaitu sengkak peranakan.  


Jika amalan ini ditinggalkan, tubuh badan wanita akan mudah penat, stress dan anasir negatif ( bad energy) mudah memasuki badan. Tubuh badan yang lemah dan pelbagai masalah yang dihadapi oleh ibu berpantang akan menyebabkan badan mereka mudah menerima anasir negatif. Ketika badan lemah inilah jin daripada saka ataupun sihir yang lama-lama mudah aktif kembali, di mana sewaktu sihat, ibu tersebut tidak merasakan apa-apa perubahan pelik pada badan. Cara mudah menentukan gangguan di dalam rumah ialah bayi menangis ( meraung) pada tengah malam dengan matanya melihat ke atas.

 Kebiasaannya, rawatan penutupan pantang dijalankan pada hari yang ganjil, iaitu pada 39,41 ataupun 43 hari berpantang. Di mana apabila bidan telah mengesahkan bahawa badan anda betul-betul sihat, barulah anda boleh menutup sesi pantang anda. Namun, jika tubuh badan masih lagi sakit, rahim belum lagi mengecut, sesi berpantang hendaklah diteruskan sehinggalah 100 hari. Secara mudahnya, anda hanya boleh keluar rumah selepas tamat tempoh berpantang iaitu 44 hari kerana apabila badan anda sudah kuat, anda susah untuk terkena anasir negatif (bad energy) daripada mereka yang ada gangguan sihir dan saka keturunan contohnya. Ramai yang kurang percaya dengan rawatan penutupan pantang kerana secara mata kasar kita sukar untuk menentukan si ibu benar-benar pulih daripada fizikal dan mental. Banyak ibu yang meroyan dan juga meninggal dunia disebabkan pengabaian penjagaan dan rawatan ketika berpantang.

Rawatan penutupan pantang pada hari ini adalah lebih berfokus kepada mencantikkan kembali seluruh tubuh badan ibu berpantang. Ianya berfokus kepada rawatan menguruskan badan, rawatan vagina, rawatan payudara dan punggung. Memandangkan ibu-ibu bekerjaya pada hari ini yang mementingkan bentuk tubuh badan yang cantik, maka rawatan yang lengkap ini perlulah dijalankan. Ianya mengembalikan semula keyakinan ibu-ibu untuk bekerja. Ibu yang betul-betul sihat akan mempunyai tubuh badan yang langsing,muka merah berseri-seri. Namun, ibu yang gagal berpantang dengan betul, perutnya buncit,ototnya mengendur dan mukanya pucat.

Rawatan penutupan pantang bidan -bidan dahulu ada pelbagai jenis sebenarnya. Maka, nasihat saya, anda carilah bidan yang betul-betul mengamalkan ajaran islam sepenuhnya. Hal ini kerana, ada juga bidan yang belajar mengurut di dalam mimpi dan jin tersebut mengajarkan ilmu urutan kepadanya. Perkara ini sering terjadi kepada mereka yang mempunyai keturunan bidan. Saka keturunan telah memasuki badan bidan tersebut dan membantunya ketika sesi urutan dijalankan. Maka, ibu-ibu yang mengurut dengan bidan tersebut hanya akan sihat sekejap sahaja dan kembali sakit.     


Pada hari ini, rawatan yang lebih berfokus dijalankan. Rawatan vagina, payudara dan punggung dijalankan bagi penutupan pantang kerana jin paling banyak berada pada anggota sulit wanita. Apabila organ ini lemah, maka jin akan mudah berada pada anggota badan tersebut. Rawatan pada organ sulit turut dijalankan bagi mengelakkan ibu-ibu daripada mendapat masalah mati putik selepas tamatnya tempoh berpantang. Ramai sangat ibu-ibu yang mengadu ada masalah kurang keinginan bersama selepas bersalin kerana mereka tidak menjalankan rawatan khas untuk merawat organ intim wanita terutamanya.

Kita sedia maklum bahawa vagina menjadi longgar disebabkan proses melahirkan anak secara normal dan penuaan. Otot lantai pelvis boleh menjadi lemah kerana usia bertambah dan tahap hormon estrogen yang rendah.

Kaedah rawatan vagina adalah bertangas basah dan kering, scrub, masker, urutan peranakan dan organ sulit wanita, serta merawat vagina menggunakan herba yang mampu mengetatkan dan mengencangkan kembali otot vagina. Ibu bersalin yang melakukan rawatan vagina, akan melihat organ sulitnya putih kemerah-merahan dan panas berbanding ibu yang tidak mendapatkan rawatan dimana akan kusam dan sejuk! Sesi urutan inilah yang paling penting. Teknik urutan yang betul berfokus kepada titik merawat masalah batin akan mengelakkan masalah mati putik.

Rawatan payudara semasa sesi penutupan pantang bertujuan melancarkan dan memperbanyakkan susu ibu. Namun, rawatan perlu dijalankan selepas tamat tempoh penyusuan untuk mengembalikan keanjalan otot payudara.

Rawatan punggung pula dijalankan untuk merawatkan kembali tulang punggung yang terbuka akibat proses bersalin. Selain itu, scrub & masker yang dijalankan akan menjadikan otot punggung kembali tegang dan putih bersih.


Nur Syatirah Shuib
Kak Bidan Sempoi Sabah
19 Julai 2017

Ilmu di atas adalah hasil perkongsian saya dan suami, Ustaz Lokman Mohamed.

Wednesday, July 5, 2017

Apakah Maksud Sakit Lutut?

Apakah Maksud Sakit Lutut?? Kenapa ianya kerap melanda WANITA???


Masalah sakit lutut ada kaitannya dengan sakit kepala, masalah peranakan (bagi wanita) dan masalah prostat/pundi kencing ( boleh jadi kencing manis). Namun, ianya perlu dikenal pastikan dahulu punca masalah sebelum sebarang rawatan dijalankan. terapi urutan saraf boleh dilakukan berulang kali sehingga pulih.
Baru-baru ini saya merawat ibu saudara yang berumur 54 tahun, mengalami masalah #tombong. Sejarahnya, pada 2004 beliau telah mempunyai masalah kencing manis. Pada 2014, sudah mulai rasa sakit lutut.
Sekarang 2017, barulah terkena tombong. Kesiannya saya melihatnya berjalan kaki terhenjut-henjut dengan mengecilkan langkah agar tidak terkeluar peranakannya daripada faraj.
Sekarang ini tidak dapat berjalan jauh, solatnya di atas kerusi dan tidak dapat membuat kerja-kerja berat dan sukar untuk berjalan jauh.
Suka saya tekankan di sini, kencing manis nampak biasa tapi jika anda biarkan tanpa sebarang rawatan, risiko untuk terkena tombong adalah sangat tinggi. Maka, pembedahan adalah langkah terakhir jika anda merujuk kepada pihak doktor.
Dari rawatan alternatif pula, ia sudah berada di tahap kronik. Otot yang lemah dan sakit yang pelbagai memerlukan rawatan yang lebih terperinci.
Kita mahu tua yang sihat & tak menyusahkan orang lain...
Jadi, makan kuih raya tu, ingatlah juga berapa kilo gula di dalamnya ya...hehe...
Namun, jika usia 30an sudah sakit lutut, sakit tumit, sakit pinggang, buatlah rawatan segera.
Tiada guna duit yang disimpan anda banyak dihabiskan pada usia tua. Biar kita peruntukkan sedikit setiap bulan di usia muda untuk buat rawatan agar di usia tua kita tidak merana...
Peringatan sayang sebelum terlewat,
Nur Syatirah Shuib (Ummi)
Kak Bidan Sempoi

Sunday, June 11, 2017

Haid tidak lancar & Petua Mudah Hamil

Adakah anda tahu bahawa Darah Haid yang tidak teratur mengundang penyakit















~ Jika darah haid anda seperti di dalam gambar, rahim anda bermasalah.
(^0^) Jika darah #merah_hitam berketul dengan jumlah yang banyak, anda diduga mengalami cyst/ fibroid. Selalunya perut anda buncit.
(^0^) Bagi darah #hitam_coklat ini pula, sepanjang tempoh darah haid, tidak langsung keluar darah berwarna merah sepanjang tempoh darah haid anda keluar, contohnya dalam 7 hari, maksudnya rahim anda sejuk & mengembang. Darah anda tidak lancar. Anda banyak memakan makanan yang sejuk dan makanan proses yang boleh mengganggu kitaran darah haid dan hormon anda.
- Saya menerima banyak pm & meseg yang bertanyakan 'bilakah saya boleh mandi wajib, darah saya telah berhenti, kemudian datang lagi balik...?
* Jawapan saya, anda perlu menunggu sehingga warna putih seperti warna putih telur. Ia adalah petanda bahawa anda sudah boleh mandi wajib! Jika masih belum keluar cecair putih (tiada keluar apa-apa langsung), bermakna anda tidak boleh lagi mandi wajib ya!
Saya ingin berkongsi #petua bagi anda yang ingin mendapatkan zuriat;
1) Periksa cecair warna putih seperti putih telur ini. Ia adalah petanda #Waktu_anda_subur. Sebaik mandi wajib, anda boleh bersama. Kebiasaannya cecair ini akan keluar seminggu awal selepas habisnya haid.
2) Pastikan anda Klimaks. Apabila anda Klimaks, anda akan mengeluarkan cecair ini juga. Maka, proses pelekatan zygote akan mudah berlaku.
Anda rasa info ini bermanfaat & bagus, boleh #like_dan_Share ya! Dah baca, boleh komen, tQ Ummi... atau boleh juga ajukan persoalan ya...

Ummi Syatirah
Kak Bidan Sempoi Sabah

Saturday, June 10, 2017

PETUA CEPAT TURUNKAN BERAT BADAN dari Aspek Perbidanan Melayu Lama





Ramai yang beranggapan bahawa kolesterol daripada pemakanan berlemak sahaja penyumbang kepada berat badan. Jadi, banyak rawatan pelangsingan badan berfokus kepada rawatan lemak sahaja.

Namun, pengalaman Ummi menguruskan ibu-ibu berpantang dan mereka yang sukar mendapatkan zuriat, kebanyakannya ada masalah obesiti. Kenapa? Kerana dua golongan ini ada masalah pada peranakan, iaitu peranakan tidak kecut walaupun ketika tidak haid. Kita sedia maklum bahawa proses mengandung & proses ketika haid adalah keadaan di mana rahim mengembang. Apabila rahim mengembang, maka perut kita akan lebih buncit dan besar daripada biasa!
Ramai orang beranggapan bahawa lemak sahaja yang menampakkan buncit! Ianya salah.
Jika anda ada masalah kitaran haid, masalah hormon, keputihan, sembelit, kencing kotor dan sejuk tapak kaki, ia adalah petanda bahawa rahim anda tengah memberi 'signal' ianya sakit!

Jika kita perhatikan rahim, pundi kencing dan usus besar, ianya bersebelahan. Jika salah satunya jatuh, ia akan memberi kesan kepada dua organ yang lain. Maka, mereka yang sembelit, suka meneran. Proses meneran memberikan tekanan kepada otot rahim dan boleh menyebabkan ianya terturun! Mereka yang lama di dewan bersalin dan kerap meneran, akan mengalami buasir yang teruk semasa berpantang! Maka, keadaan yang sakit ini menyebabkan anda jarang membuang air besar dan lama-kelamaan toksik akan berkumpul terlalu banyak di dalam badan. Semakin banyak toksik, semakin bertambah berat badan anda. Itulah sebabnya kenapa mereka yang obesiti asyik mengantuk, ianya kerana kurang oksigen dalam badan!

Maka, satu kaedah yang terbaik bagi membantu menurunkan berat badan ialah bertangas. Dengan bertangas, rahim kecut. Maka perut automatik akan kempis! Rahim yang mengembang memberi tekanan kepada usus dan menyebabkan sembelit. Itulah sebabnya kenapa sukar turun berat badan jika sembelit. Maka, asap tangas yang memasuki lubang anus akan mengembang dan memudahkan najis untuk keluar. Ketika anda tengah bertangas, anda akan terus merasa untuk membuang air besar, percayalah! Apabila najis keluar dengan lancar, maka masalah gastrik juga akan selesai, insyaAllah!

Tangas sahaja tidak mencukupi jika anda tidak memakan herba yang membantu proses penghadaman. Makanan bergoreng dan bersifat sejuk membeku di dalam darah. Maka, herba yang panas ini membantu menghancurkan ketulan lemak ini dengan lebih pantas. Habbatus sauda adalah antara herba terbaik bagi menghancurkan ketulan lemak ini dan ianya digunakan dalam pembuatan maajun saya sendiri.

Air yang diminum juga hendaklah bersifat alkali atau tinggi garam mineral. Makanan masa kini yang tinggi kandungan gula menyebabkan darah kita berasid. Maka, untuk mempercepatkan kesembuhan, itulah sebabnya perlu air beralkali.

Bertangas, makan maajun & chocoluv serta minum air alkali adalah proses luaran dan dalaman yang bagus bagi mempecepatkan proses pemulihan badan.

Namun, jika nak kempis dan turun berat badan 3kg dalam 3 hari, perlunya wrapping herba sebelum tidur di perut, peha dan lengan sebelum tidur. Ia umpama ayam diperap dengan rempah bertujuan memaksa herba untuk masuk ke kulit bagi mempercepatkan proses pengeluaran toksik melalui kulit.

Tips ini saya kongsikan kerana ramai sangat yang obesiti hilang keyakinan diri dan sukar mendapatkan zuriat!!!

Saya listkan juga harga,

Maajun RM79
Chocoluv RM40
Serum Simming RM39 (30ml)
Serum Slimming RM150 (120ml)
Herba Tangas RM69 (130gm)


A. Diskaun Set basic ( Berat bawah 60kg)


Tangas, maajun & serum slimming 30ml

RM187>> RM177 sahaja selepas diskaun.
Pos SS RM15, RM20 SM.

B. Set Advance ( Sukar Hamil, Berat 60kg ke atas)

Tangas, Maajun, Chocoluv, Serum 120ml,

RM338 diskaun >> RM318 sahaja!!!

PERCUMA POS!!! yeaaayyy!!!

Untuk pembelian:
Bank in ke akaun CIMB Nur Syatirah Shuib7046508145


Whatsupp pakej dan hantarkan bukti ke 017-8387695

Maklumat lanjut penggunaan maajun wanita :-

http://syatirahshuib.blogspot.my/2017/06/un-bagaimana-merawat-masalah-kewanitaan.html?m=1

Ummi Syatirah 
Kak Bidan Sempoi Sabah