Tuesday, July 25, 2017

BENARKAH TIDAK BOLEH MINUM AIR BANYAK KETIKA BERPANTANG?

Benarkah tidak boleh minum air yang banyak ketika berpantang?


InsyaAllah saya akan cuba kupas dari dua aspek berbeza ya.

Menurut Teori Perubatan Moden :-
Menekankan perlunya jumlah air yang mencukupi untuk mengelakkan kes darah beku di kaki ibu bersalin yang boleh menyebabkan salur darah di paru-paru tersumbat. Darah beku ini bergantung kepada hukum Virchow's Triad ( ilmu asas Patofisiologi). 3 elemen dalam pembekuan darah iaitu statis (tidak bergerak), hypercoagubality (keadaan darah mudah membeku) dan ketiga pula, endothelial injury (kecederaan pada salur darah)

Pada aspek fisiologi & biokimia, ketika wanita berpantang, kandungan bahan penggumpal / pembekuan darah berbeza komponennya. Darah menjadi lebih membeku ( hypercoagubality) bagi mengelakkan kejadian tumpah darah (PPH), di mana berisiko mendapat DVT ( Deep Vein Thrombosis, iaitu situasi darah beku di kaki) yang membawa pula kepada kejadian PE (Pulmonary Embolism, darah beku di saluran darah paru-paru).

Luka bersalin seperti luka episiotomi, koyakan perineum dan pembedahan LSCS, menyebabkan salur darah tercedera samada sedikit ataupun banyak (endothelial injury).
Saluran darah yang tercedera dan kekurangan air boleh mengganggu kelancaran aliran darah (stasis)

Teori Perbidanan Lama :-
Mengehadkan pengambilan air biasa ( air mineral), dengan melebihkan pengambilan air akar kayu dengan dos yang rendah. Jumlah air biasa dihadkan kerana dipercayai boleh menyebabkan rahim kembang, di mana selepas bersalin, rahim perlu melalui proses pengecutan.

Namun, bukan semua orang berani untuk mengambil air akar kayu kerana khuatir susu badan boleh berkurangan.


Perubatan moden percaya banyak kes darah beku di kalangan ibu berpantang disebabkan kekurangan minum air. Ada beberapa kes yang amat serius hingga membawa kepada kematian ibu. Apabila ketulan darah beku bergerak dalam aliran darah dan berhenti di paru-paru, membuatkan saluran darah tersumbat ( Venous Thrombo Embolism), iaitu carta ketiga teratas penyebab kematian ibu ( Maternal Motality) di Malaysia dan serata dunia.

Sebenarnya, mengikut teori Perbidanan Lama, mereka tidaklah mengehadkan jumlah pengambilan air, tetapi air biasa digantikan dengan air akar kayu bagi membantu proses penyembuhan badan ibu itu sendiri. Orang dahulu hanya minum air akar kayu selama 44 hari berpantang, maksudnya mereka perlu menyediakan air akar kayu berbotol-botol. Maka, sebenarnya kandungan air di dalam badan mereka adalah tinggi. Dengan keadaan badan yang lemah disebabkan kekurangan darah selepas bersalin, maka pengambilan air akar kayu ataupun jus buah adalah sangat membantu mempercepatkan proses penyembuhan buat ibu berbanding hanya meminum air biasa.

Apa yang terjadi kepada ibu-ibu moden pada hari ini ialah, mereka langsung tidak makan sebarang herba dan kurang meminum air, di samping makan makanan tidak berkhasiat sejak dari hamil hinggalah berpantang. Adab berpantang cara lama sebenarnya sudah cukup lengkap jika ingin dihuraikan secara ilmiah. Contohnya, meminum air herba atau menelan maajun dan urutan itu sendiri adalah cara terbaik membantu melancarkan pengaliran darah ke seluruh tubuh badan.


Hasil ilmiah bagi teori perubatan moden di atas dirujuk daripada penulisan buku, Ummi On Call lagi, tulisan Dr. Nurul Khairiyah Khairuddi, Doktor Pakar Sakit Puan, Hospital Kuala Lumpur.

Kak Bidan Sempoi Sabah.
Qulusa Therapy
UIS Special Therapy Sdn Bhd.
018-3677769.

* Saya tidak membenarkan anda copy paste penulisan saya untuk tujuan pemasaran produk anda. Setiap ilmu, ada adabnya. 



Tuesday, July 18, 2017

PENUTUPAN PANTANG MENGIKUT KAEDAH LAMA DAN MODEN

Menamatkan rawatan untuk tempoh berpantang dengan ritual atau teknik rawatan yang khas mengikut bidan atau perawat asing-masing.

Maksud penutupan pantang ialah amalan orang Melayu dahulu untuk sesi terakhir bagi rawatan berpantang. Lain bidan, lain caranya. Ianya terbahagi kepaada beberapa bahagian mengikut kawasan tersebut. Bahan pelepas digunakan bagi mengelakkan angin daripada memasuki badan (angin jahat) dan juga bertujuan mengelakkan gangguan jin daripada memasuki badan ( bad energy).  

Seperti yang kita tahu, mereka yang berpantang terdedah pada gangguan makhluk halus disebabkan badan yang lemah dan pengeluaran narah nifas dalam tempoh yang lama berbanding darah haid.

Bidan-bidan dahulu menggunakan 3 kaedah ini untuk melakukan amalan penutupan pantang.
1- Benang mentah
2- Kain batik lepas ( kain batik yang belum dijahit), biasanya di hadiahkan pada bidan selepas rawatan.
3- Mandian herba pelepasan pantang

Amalan benang mentah dan kain batik lepas banyak digunakan di Kelantan dan mandian herba pelepasan pantang pula banyak digunakan oleh masyarakt Sabah.

Untuk benang mentah, 1 tali atau benang panjang dicantumkan pada hujungkan dan dibawa masuk bermula kepala hinggalah ke kaki ibu dengan niat membuang semua anasir buruk ( bad energy) daripada si ibu.

Bagi Kain Batik Lepas pula, kain dilalukan di atas kepala ibu, seterusnya ke badan dan kaki.

Untuk kaedah mandian herba pula, ibu akan dimandikan oleh bidan sendiri daripada kepala hinggalah ke kaki. Ada juga yang menggunakan bunga-bunga untuk mandian ini bertujuan menaikkan seri wajah ibu. Seri wajah ibu hanya akan kelihatan setelah semua anasir negatif (bad energy) ini keluar daripada badan si ibu.

Penutupan pantang ini penting untuk wanita dalam pantang kerana:-

1-Sangat penting bagi mengelakkan angin cepat masuk ke dalam badan
2- Merawat bad energy selama tempoh berpantang. Gangguan ini boleh masuk ke dalam badan melalui dua cara iaitu stress disebabkan masalah kesihatan ibu dan bayi ataupun tumpangan sihir.
3- Ianya adalah bagi menandakan tamatnya tempoh berpantang.

Kelebihan mereka yang melakukan rawatan penutupan pantang ialah keadaaan rahim mereka boleh diperiksa oleh bidan samada betul-betul telah kecut ataupun belum kecut. Rahim akan betul-betul kecut dan berada pada posisi yang betul selepas darah nifas berhenti. Namun, apabila tiada rawatan penutupan pantang dijalankan, maka anda sendiri tidak tahu keadaan rahim anda ketika itu. Maksudnya,rahim yang mengembang selama 9 bulan mengandung belum betul-betul mengecut. Ianya boleh dilihat pada perut yang masih buncit seperti mengandung 3 bulan.

Pengalaman saya menguruskan ibu berpantang, 3 hari terakhir ketika darah nifas bertukar warna daripada merah kepada coklat, rawatan yang paling minima untuk dilakukan ialah bertangas dan urutan rahim. Tangas bertujuan mengeluarkan habis sisa baki darah nifas agar selepas mandi wajib, darah nifas tidak lagi keluar semula. Urutan pula berfokus kepada 3 perkara iaitu, proses mengeluarkan angin daripada perut & usus, proses membantu pengecutan rahim dan proses menaikkan rahim iaitu sengkak peranakan.  


Jika amalan ini ditinggalkan, tubuh badan wanita akan mudah penat, stress dan anasir negatif ( bad energy) mudah memasuki badan. Tubuh badan yang lemah dan pelbagai masalah yang dihadapi oleh ibu berpantang akan menyebabkan badan mereka mudah menerima anasir negatif. Ketika badan lemah inilah jin daripada saka ataupun sihir yang lama-lama mudah aktif kembali, di mana sewaktu sihat, ibu tersebut tidak merasakan apa-apa perubahan pelik pada badan. Cara mudah menentukan gangguan di dalam rumah ialah bayi menangis ( meraung) pada tengah malam dengan matanya melihat ke atas.

 Kebiasaannya, rawatan penutupan pantang dijalankan pada hari yang ganjil, iaitu pada 39,41 ataupun 43 hari berpantang. Di mana apabila bidan telah mengesahkan bahawa badan anda betul-betul sihat, barulah anda boleh menutup sesi pantang anda. Namun, jika tubuh badan masih lagi sakit, rahim belum lagi mengecut, sesi berpantang hendaklah diteruskan sehinggalah 100 hari. Secara mudahnya, anda hanya boleh keluar rumah selepas tamat tempoh berpantang iaitu 44 hari kerana apabila badan anda sudah kuat, anda susah untuk terkena anasir negatif (bad energy) daripada mereka yang ada gangguan sihir dan saka keturunan contohnya. Ramai yang kurang percaya dengan rawatan penutupan pantang kerana secara mata kasar kita sukar untuk menentukan si ibu benar-benar pulih daripada fizikal dan mental. Banyak ibu yang meroyan dan juga meninggal dunia disebabkan pengabaian penjagaan dan rawatan ketika berpantang.

Rawatan penutupan pantang pada hari ini adalah lebih berfokus kepada mencantikkan kembali seluruh tubuh badan ibu berpantang. Ianya berfokus kepada rawatan menguruskan badan, rawatan vagina, rawatan payudara dan punggung. Memandangkan ibu-ibu bekerjaya pada hari ini yang mementingkan bentuk tubuh badan yang cantik, maka rawatan yang lengkap ini perlulah dijalankan. Ianya mengembalikan semula keyakinan ibu-ibu untuk bekerja. Ibu yang betul-betul sihat akan mempunyai tubuh badan yang langsing,muka merah berseri-seri. Namun, ibu yang gagal berpantang dengan betul, perutnya buncit,ototnya mengendur dan mukanya pucat.

Rawatan penutupan pantang bidan -bidan dahulu ada pelbagai jenis sebenarnya. Maka, nasihat saya, anda carilah bidan yang betul-betul mengamalkan ajaran islam sepenuhnya. Hal ini kerana, ada juga bidan yang belajar mengurut di dalam mimpi dan jin tersebut mengajarkan ilmu urutan kepadanya. Perkara ini sering terjadi kepada mereka yang mempunyai keturunan bidan. Saka keturunan telah memasuki badan bidan tersebut dan membantunya ketika sesi urutan dijalankan. Maka, ibu-ibu yang mengurut dengan bidan tersebut hanya akan sihat sekejap sahaja dan kembali sakit.     


Pada hari ini, rawatan yang lebih berfokus dijalankan. Rawatan vagina, payudara dan punggung dijalankan bagi penutupan pantang kerana jin paling banyak berada pada anggota sulit wanita. Apabila organ ini lemah, maka jin akan mudah berada pada anggota badan tersebut. Rawatan pada organ sulit turut dijalankan bagi mengelakkan ibu-ibu daripada mendapat masalah mati putik selepas tamatnya tempoh berpantang. Ramai sangat ibu-ibu yang mengadu ada masalah kurang keinginan bersama selepas bersalin kerana mereka tidak menjalankan rawatan khas untuk merawat organ intim wanita terutamanya.

Kita sedia maklum bahawa vagina menjadi longgar disebabkan proses melahirkan anak secara normal dan penuaan. Otot lantai pelvis boleh menjadi lemah kerana usia bertambah dan tahap hormon estrogen yang rendah.

Kaedah rawatan vagina adalah bertangas basah dan kering, scrub, masker, urutan peranakan dan organ sulit wanita, serta merawat vagina menggunakan herba yang mampu mengetatkan dan mengencangkan kembali otot vagina. Ibu bersalin yang melakukan rawatan vagina, akan melihat organ sulitnya putih kemerah-merahan dan panas berbanding ibu yang tidak mendapatkan rawatan dimana akan kusam dan sejuk! Sesi urutan inilah yang paling penting. Teknik urutan yang betul berfokus kepada titik merawat masalah batin akan mengelakkan masalah mati putik.

Rawatan payudara semasa sesi penutupan pantang bertujuan melancarkan dan memperbanyakkan susu ibu. Namun, rawatan perlu dijalankan selepas tamat tempoh penyusuan untuk mengembalikan keanjalan otot payudara.

Rawatan punggung pula dijalankan untuk merawatkan kembali tulang punggung yang terbuka akibat proses bersalin. Selain itu, scrub & masker yang dijalankan akan menjadikan otot punggung kembali tegang dan putih bersih.


Nur Syatirah Shuib
Kak Bidan Sempoi Sabah
19 Julai 2017

Ilmu di atas adalah hasil perkongsian saya dan suami, Ustaz Lokman Mohamed.

Wednesday, July 5, 2017

Apakah Maksud Sakit Lutut?

Apakah Maksud Sakit Lutut?? Kenapa ianya kerap melanda WANITA???


Masalah sakit lutut ada kaitannya dengan sakit kepala, masalah peranakan (bagi wanita) dan masalah prostat/pundi kencing ( boleh jadi kencing manis). Namun, ianya perlu dikenal pastikan dahulu punca masalah sebelum sebarang rawatan dijalankan. terapi urutan saraf boleh dilakukan berulang kali sehingga pulih.
Baru-baru ini saya merawat ibu saudara yang berumur 54 tahun, mengalami masalah #tombong. Sejarahnya, pada 2004 beliau telah mempunyai masalah kencing manis. Pada 2014, sudah mulai rasa sakit lutut.
Sekarang 2017, barulah terkena tombong. Kesiannya saya melihatnya berjalan kaki terhenjut-henjut dengan mengecilkan langkah agar tidak terkeluar peranakannya daripada faraj.
Sekarang ini tidak dapat berjalan jauh, solatnya di atas kerusi dan tidak dapat membuat kerja-kerja berat dan sukar untuk berjalan jauh.
Suka saya tekankan di sini, kencing manis nampak biasa tapi jika anda biarkan tanpa sebarang rawatan, risiko untuk terkena tombong adalah sangat tinggi. Maka, pembedahan adalah langkah terakhir jika anda merujuk kepada pihak doktor.
Dari rawatan alternatif pula, ia sudah berada di tahap kronik. Otot yang lemah dan sakit yang pelbagai memerlukan rawatan yang lebih terperinci.
Kita mahu tua yang sihat & tak menyusahkan orang lain...
Jadi, makan kuih raya tu, ingatlah juga berapa kilo gula di dalamnya ya...hehe...
Namun, jika usia 30an sudah sakit lutut, sakit tumit, sakit pinggang, buatlah rawatan segera.
Tiada guna duit yang disimpan anda banyak dihabiskan pada usia tua. Biar kita peruntukkan sedikit setiap bulan di usia muda untuk buat rawatan agar di usia tua kita tidak merana...
Peringatan sayang sebelum terlewat,
Nur Syatirah Shuib (Ummi)
Kak Bidan Sempoi