Sunday, May 14, 2017

Perancang Alami

Ikhtiar Perancang Alami

Ramai yang mengalami masalah kenaikan berat badan mendadak selepas mengambil ubat perancang. Tidak kurang juga yang mengalami pendarahan melebihi 15 hari ketika darah haid. Ada juga yang pening kepala dan sembelit.

Maka, anda juga boleh merancang secara alami kerana ianya lebih selamat namun kebergantungan kepada Allah mestilah tinggi bahawa Dialah sebaik-baik pemberi zuriat.

Antara cara yang boleh anda lakukan ialah:-

1.Berbincang & dapatkan persetujuan suami. Bincangkan berapa tahun kita mahu merancang untuk mendapatkan anak semula. Dapatkan kata sepakat.
Berapa ramai ibu2 yang tidak pernah pun meminta keizinan suami untuk merancang. Ingat, suami kunci Syurga kita ibu-ibu.
2. Mesti faham & hadam bahawa Allah sebaik-baik Penentu takdir rezeki kita. Jika dia takdirkan kita anak 10 orang, gunalah apa sahaja ubat, pasti tidak berjaya!
3. Namun, jika anda ada masalah kesihatan, adakah anda harus duduk diam & hanya ambil perancang? Itulah sebabnya perlu malah wajib buat rawatan sebaik sahaja bersalin. Rahim, usus, buah pinggang & perut adalah organ yang terlibat dan akan bermasalah jika anda tidak merawat selepas bersalin. Sembelit, angin yang banyak, kebas2, sejuk2 kaki, kencing sakit & tak lawas adalah antara kesan daripada tidak berpantang dengan baik.
4. Banyak sangat kesan sampingan daripada pengambilan ubat perancang. Antaranya hormon terganggu, masalah kesuburan, masalah haid,masalah berat badan dan pening kepala.

Namun yang menjadi isu sekarang,
'JIKA SAYA BELUM BERSEDIA, SAYA SAKIT, SAYA MAHU MENJARAKKAN KELAHIRAN.'

Solusinya;-
1. Tolong ya ibu-ibu buat rawatan sehingga badan anda betul-betul sihat.
2. Tips ketika bersama:-
a) Sebelum bersama, rancang jadual 'bersama' suami, elakkan bersama pada waktu subur.
b) Makanlah herba yang sejuk atau minum sahaja teh tarik, makan sayur2 bersifat sejuk seperti kangkung, timun, nangka,air kelapa supaya rahim anda sejuk & air mani suami sedikit dan kurang kualiti. Ini adalah ikhtiar kerana suhu yang sejuk mengurangkan % peratusan kehamilan.
c) Sebelum bersama, perbetulkan Niat. Ak bersama suami kerana Allah taala. Tugas aku melayan suami. Minta suami sama2 berdoa agar sesi bersama ini hanyalah untuk kemesraan suami isteri bukan tujuan untuk mendapatkan zuriat. Ramai yang hamil kerana suami inginkan zuriat.
d) Suami boleh ikhtiar dengan pancut di luar. Namun, di dalam air mazi juga ada sperma. Mahu tak mahu isteri mesti rajin untuk bangun dan terus cuci sebaik sahaja 'bersama'. Lakukanlah meruang herba kerana herba yang panas boleh mematikan spema!
.
Namun begitu saya mohon sesiapa sahaja yang mengambil ubat perancang dengan niat merancang, minta istighfar & buat solat taubat. Perbetulkan 'aqidah anda bahawa Allah sebaik-baik perancang.
Kenapa ilmu ini sangat mahal, kerana ianya berkaitan Akidah & kefahaman.
.
Satu lagi persoalan, bagaimanakah jika anda sukar hamil selepas sahaja mengambil perancang?
Boleh hubungi saya untuk saya bantu cek punca anda sukar hamil ya...

Ummi Syatirah
Kak Bidan Sempoi

Produk Ummi

Alhamdulillah berkat berguru dengan ramai guru, banyak ilmu yang Ummi pelajari. Guru saya amat menekankan untuk menggunakan produk alami bebas bahan kimia agar produk yang digunakan oleh pelanggan kita selamat.

Alhamdulillah, ini adalah sebahagian daripada produk yang Ummi keluarkan. Selebihnya adalah jamu dan jus frozen kerana tiada pengawet.











Saturday, May 13, 2017

Apakah Tangas?

Tangas ini adalah amalan puteri-puteri raja terdahulu. Namun, bagi masyarakat kita, yang popular hanyalah urut dan bertungku. Namun, ianya kembali popular apabila pelbagai masalah vagina yang dialami oleh wanita masa kini disebabkan makanan tidak berkhasiat dan tinggi gula.

Apakah Tangas?
Tangas ialah herba campuran terdiri dariapda manjakani, sireh, inai, habbatus sauda dan herba-herba terpilih.
Tangas berfungsi mengecutkan peranakan, mengetat serta mewangikan vagina. Ianya juga membantu ibu-ibu yang ada masalah buasir dan mempunyai ketumbuhan di dalam rahim seperti fibroid. Ianya juga membantu masalah senggugut, keputihan dan juga gastrik.

Jenis-jenis tangas
Tangas Basah ialah herba yang dicampurkan bersama air yang banyak. Tujuannya adalah untuk mengekalkan kelembapan vaginaIanya amat sesuai untuk digunakan bagi memberikan kelembapan kepada vagina. Sesuai buat golongan yang mengalami simptom menopaus. Namun, bagi mereka yang baru sahaja bersalin juga digalakkan menggunakan herba tangas basah ini.

- Tangas kering ialah herba yang dicampurkan bersama sedikit sahaja air atau tidak dicampur langsung. Ianya  berfungsimenghilangkan lebihan cecair daripada badan seperti mereka yang mengalami keputihan. Selain itu ianya berfungsi mengecutkan rahim peranakan, mewangikan vagina serta membantu mereka yang mempunyai masalah fibroid dan period yang tidak stabil.

* Tangas basah dan kering hendaklah dibuat sekali agar keseimbangan cecair di dalam badan membantu merawat semua jenis masalah kewanitaan.

Bila Menggunakannya?
- Sebaiknya ketika darah nifas hampir tiada seperti pada hari ke-30.
- Ketika darah haid hampir habis.
Ianya bertujuan membantu mengeluarkan semua sisa-sisa baki darah yang tertinggal.
- Boleh dilakukan 3 kali seminggu atau setiap hari bagi mereka yang bermasalah seperti susah mendapat anak dan fibroid.

Bagaimana menggunakannya?
Tangas Basah: Masukkan 2 sudu herba tangas bersama 2 gelas air ke dalam periuk. Masak sehingga didih berasap selama 5 minit. Kemudian, letakkan ke dalam baldi atau bekas dan duduklah ke atas kerusi sambil kangkang kaki. Rasakan
kesedapan herba itu meresap masuk ke vagina dan perut anda akan berasa lembut dan tidak lagi terik.
Tangas kering: Masukkan 2 sudu herba tangas bersama 2 sudu air. Jadikan 'paste'. Kemudian, panaskan batu tungku di atas api yang kecil sehingga ianya betul-betul panas (10minit). Kemudian, letakkan paste tersebut ke atas batu tersebut dan kangkanglah di atasnya selama 10 minit.


Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi saya,
Bidan Ummi Syatirah 010-9314769

Bagaimanakah Menjaga Alat Sulit Wanita?

Sebelum kita teliti apakah langkah rawatan bagi alat sulit wanita, kita perhalusi dahulu apakah masalah pada alat sulit wanita.

Masalah Utama  Alat Sulit Wanita:-
1) Alat sulit yang gelap dan sejuk selepas bersalin
2) Jerawat dan gatal pada alat sulit wanita
3) Keputihan berbau dan berwarna
4) Vagina longgar

Rawatan yang sesuai bagi masalah alat sulit yang gelap dan sejuk selepas bersalin ialah melakukan tangas, disusuli dengan melakukan scrub dan masker. Tangas bertujuan membuka liang-liang pori dan apabila herba discrub dan masker pada kulit, maka herba tersebut mudah menyerap ke dalam kulit.

Kemudian, rawatan yang sesuai bagi masalah jerawat dan gatal pada alat sulit wanita ialah bertangas. Tangas mengandungi sireh dan garam yang bersifat antibakterial.

Keputihan berbau dan berwarna pula boleh diatasi dengan memasukkan herba ke dalam vagina (insert). Herba ini berfungsi membantu mengeluarkan keputihan. Selain itu, ia juga akan menarik dinding di sekitar vagina yang longgar
untuk kembali rapat. Pengalaman Ummi membuat rawatan Miss V terapi, Vagina akan ketat dalam masa 10 minit selepas herba dimasukkan. Herba yang dimasukkan ke dalam vagina itu mestilah betul-betul proses semasa pemprosesannya. Alhamdulillah Ummi sangat menjaga kualiti ketika pemprosesan herba ini dijalankan.

Selain itu, jadikanlah rutin bertangas semasa darah sudah menjadi coklat. Ianya sangat bagus membantu mengeluarkan sisa baki darah yang masih tertinggal.
Air herba rebusan tangas tadi janganlah dibuang tetapi jadikanlah rendaman vagina.

Bacaan Lanjut di sini ya:-
Bacaan lanjut mati Putik dan Produk Terbaik

Jika pelbagai cara telah anda jalankan namun tidak juga berkesan, boleh hubungi saya untuk sesi konsultasi dahulu, 018-3677769.



                                                Sumber Gambar : Google




Untuk Mendapatkan Set rawatan Miss V 100% herba, whatsupp 017-8387695

Dibuat sendiri oleh Ummi Syatirah, Kak Bidan Sempoi ;-)

Bolehkah Urut jika Haid?

Urutan adalah sangat bagus dijalankan ketika tempoh haid. Ini kerana minyak herba yang digunakan ketika sesi urutan dijalankan membantu untuk kelancaran darah haid itu sendiri.

Semasa haid, rahim mengembang. Maka, suhu badan akan menurun. Maka, urutan adalah bagus untuk menaikkan suhu badan dan melegakan masalah sakit pinggang dan kebas-kebas kaki.

Urutan sengkak rahim sahaja yang tidak dibenarkan ketika darah haid masih lagi ada. Sengkak rahim yang terlalu kuat tekanannya boleh menyebabkan ibu yang baru bersalin tumpah darah.


Jadi, carilah Perawat yang anda yakini ilmu boleh merawat masalah anda ya.


Punca Sukar Hamil



Apakah Punca Sukar Hamil?

Selama satu bulan Ummi merawat 6 wanita yang sukar mendapatkan zuriat. Alhamdulillah, di bawah ini adalah hasil analisis yang Ummi jalankan.

Punca Sukar Mendapatkan Zuriat:-

1. Makan makanan tidak sihat. Contohnya, air bergas, mi segera, makanan dan minuman yang menggunakan susu pekat manis, Minuman 3 in 1, sayap ayam dan makanan segera seperti nugget, sosej dan kentang goreng.  Makanan ini adalah makanan tinggi garam, gula dan pengawet. Selain itu, kandungan gas yang  tinggi di dalam minuman berkarbonat dan susu pekat manis akan memberikan tekanan kepada otot perut dan menyebabkan anda gastrik. Gastrik yang tidak dirawat akan menyebabkan senggugut. Manakala senggugut yang tidak dirawat akan menyebabkan istihadah ( darah haid melebihi 15 hari) dan akhirnya anda sukar mendapatkan zuriat.

2. Tekanan kerja. Mereka yang sukar mendapatkan zuriat ini kebanyakannya ialah golongan polis, akauntan dan guru. Kerja yang melibatkan otak kiri dan yang melibatkan satu tempoh waktu yang perlu disiapkan segera akan menyebabkan kita stress. Apabila stress, hubungan intim menjadi hambar. Otot yang stress juga menyebabkan lelaki mati pucuk dan wanita mati putik.

3. Angin terlalu banyak di dalam badan kerana tidak menjaga pemakanan. Angin yang terlalu banyak di dalam badan disebabkan sembelit dan lambat makan. Angin di dalam perut boleh mengganggu fungsi gastrousus. Apabila terlalu banyak, ia akan memberikan tekanan kepada otot dan akhirnya semua otot stress. Apabila otot rahim stress, ia akan mengembang setiap masa. Otot rahim yang suda hilang fungsinya untuk mengecut menyebabkan kitaran haid berubah dan akhirnya sukar untuk mendapatkan zuriat.

4. Selain itu, wanita yang ada gangguan sihir juga amat sukar mendapatkan zuriat. Selalunya jin akan berada pada rahim yang ada darah kotor ( mereka yang selalu istihadhah) dan pada vagina, iaitu jika keputihan yang teruk.






Kenapa Wanita Sukar Kurus Selepas Bersalin?

Wanita selepas bersalin tubuh badannya akan berubah. Rahim yang membesar beribu-ribu kali ganda akan mengecut. Rahim yang besar menghimpit usus dan buah pinggang. Proses kelahiran bayi memberi tekanan kepada otot dan saraf. Maka, seluruh sistem badan akan menurun.

Maka, wanita yang tidak mendapatkan rawatan ketika berpantang seawal sejurus bersalin akan mudah mengumpulkan lemak di dalam badan kerana sistem badan tengah lemah. Sembelit yang dibiarkan lama akan menyebabkan darah anda bertoksik. Maka, semakin lama, toksik dan lemak semakin banyak. Kebiasaanya toksik di dalam badan manusia ialah 8kg. Maka, jika berat badan anda sekarang melebihi 8kg daripada berat badan ideal, bermakna lebih daripada 8kg toksik di dalam badan anda.

Bagaimana Nak Kurus dalam 3 Hari?



Hari ini Ummi membuat Serum Slimming. Ramai yang nak kurus sebelum raya kan??? Serum Slimming ini membantu membakar lemak yang berada pada lapisan kulit. Penggunaan herba pada luaran sangat bagus membakar lemak-lemak tepu yang telah mengeras. Anda akan merasa kerap berpeluh kerana toksik tengah dikeluarkan melalui liang-liang roma. Semasa proses untuk detoks, anda akan rasa sedikit gatal kerana tindak balas toksik yang mengandungi asid atau sisa kumuhan dengan permukaan kulit berlaku. Maka, untuk mengurangkan rasa gatal, anda hendaklah rajin lap menggunakan tuala basah yang bersih atau menyapu aloevera.

Selain itu ChocoluV pula sangat bagus untuk membantu pembuangan kolestrol dalam darah. Kolestrol yang berada pada limpa akan aktif dibawa ke bahagian usus untuk disingkirkan. Pembuangan air besar akan kerap daripada biasa tetapi tidak menyebabkan cirit-birit. Campurannya adalah daripada coklat berkualiti tinggi, madu, minyak kelapa dara, habbatus sauda dan herba pilihan sangat membantu proses detoks itu sendiri.

Gabungan serum slimming dan ChocoluV ini sangat bagus untuk kesembuhan anda yang maksima!
Ia umpama lemak anda telah dikepung luaran dan dalaman dan menyebabkan ianya terpaksa menyerah diri dengan relanya!!!

Ummi Syatirah
Kak Bidan Sempoi

Friday, May 12, 2017

Kepentingan Rawatan Penutupan Pantang

Ramai yang beranggapan bahawa hanya urutan sahaja diperlukan selepas bersalin. Ada juga yang tidak berurut kerana beranggapan bahawa bersalin adalah proses semulajadi seperti makan dan minum.

Jika anda teliti bagaimana sukarnya proses bersalin, berapa banyak urat saraf yang rosak, berapa banyak otot tercedera, sudah pastinya anda akan segera mendapatkan rawatan.

Gambar: Sumber Google

Benarkah Mati Putik Sebabkan Penceraian?


Ramai yang beranggapan bahawa hanya lelaki sahaja yang mengalami masalah batin, iaitu mati
pucuk. Namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa ramai sebenarnya wanita yang mempunyai masalah batin, iaitu mati putik terutamanya ibu-ibu selepas bersalin dan bagi mereka yang ada masalah sukar mendapatkan zuriat.

Mati putik atau dikenali sebagai Female Sexual Dysfunction (FSD) adalah keadaan di mana seseorang wanita sukar mendapatkan klimaks ketika melakukan hubungan intim.

Punca mati putik pada wanita adalah disebabkan beberapa faktor. Faktor utama ialah disebabkan gangguan urat saraf dalam pengaliran darah ke faraj terutamanya kelentit menyebabkan ianya tidak menegang ketika dirangsang. Contohnya, walaupun pihak suami telah melakukan ransangan pada titik ransangan seperti pada bahagian puting dan klitoris sebelah kiri lebih daripada 30 minit, namun isteri masih belum merasakan klimaks. Klimaks pula berlaku apabila otot sekitar vagina, punggung, pinggang hingga ke kaki mengejang dan satu perasaan nikmat kepuasan terasa, di mana hormon endorfin dikeluarkan daripada dalam badan. Namun, bagi golongan mati putik ini, mereka jarang sekali untuk merasakan kesedapan klimaks.

Punca kedua mati putik ialah kerana angin gastrik yang terlalu banyak di dalam perut. Angin yang terlalu lama dibiarkan berada di dalam badan akan memberikan tekanan kepada seluruh organ sekitarnya seperti rahim dan vagina. Itulah sebabnya mereka yang ada masalah gastrik, akan mudah mengalami senggugut.  Mereka yang ada masalah gastrik yang teruk, selain angin yang banyak pada kawasan perut dan rahim, biji-biji angin ini juga akan berada pada kawasan bibir luar faraj (labia majora). Ini adalah pengalaman saya sendiri merawat pelanggan saya yang sukar hamil.

Punca ketiga punca mati putik ialah disebabkan masalah saraf. Mereka yang mengalami masalah saraf akan sensitif kepada suhu persekitaran yang sejuk. Apabila mengadakan hubungan kelamin di dalam bilik yang sejuk umpamanya, isteri akan berasa tidak selesa dan sukar untuk klimaks. Lama-kelamaan isteri yang biasa tidur di bilik yang suhunya sejuk akan mudah mati putik.

Punca keempat mati putik ialah kerana tidak mendapatkan sebarang rawatan ketika berpantang. Proses bersalin secara normal, di mana bukaan serviks membesar sehingga 10cm, kemudian otot vagina mengecut kembali, sudah pastinya memberi tekanan kepada otot sekitarnya. Otot yang tercedera pastinya memberi kesan kepada saraf. Apabila saraf sekitar vagina kurang berfungsi, maka akan mengalami kesukaran untuk klimaks ketika bersama pasangan dan akhirnya boleh menyebabkan mati putik. Namun, bagi wanita yang bersalin secara pembedahan, anda juga boleh terkena mati putik jika angin di dalam perut dan rahim anda tidak dikeluarkan dengan sebaiknya. Angin yang berkumpul terlalu banyak di dalam perut boleh menyebabkan pengumpulan angin di sekitar vagina. Angin sekitar vagina inilah yang menyebabkn kesukaran untuk klimaks dan akhirnya mati pucuk.

Bagaimanakah Cara Kita Mengetahui Bahawa Kita Mati Putik?
1. Mereka yang mati putik kebiasaannya adalah mereka yang mempunyai berat badan melebihi berat badan ideal ataupun obesiti.
2. Selain itu, mereka ini adalah golongan yang beremosi, panas-baran, mood tidak stabil dan tiada keinginan untuk bersama. Bagi mereka, seks umpama makan ubat. Jika mereka rasa perlu, barulah mereka ambil. Jika tidak ada apa-apa kepentingan untuk mereka, maka mereka akan tinggalkan.
3. Mereka yang mempunyai sejarah gastrik dan senggugut adalah golongan yang paling mudah untuk terkena mati putik. Kegagalan mengawal waktu makan dan banyak memakan makanan bersifat sejuk dan berangin menyebabkan mereka mudah mati putik. Contoh makanan bersifat sejuk seperti buah terung dan kacang bendi.
4. Wanita yang mati putik sangat sukar mendapatkan klimaks ketika bersama suami.
5. Wanita yang bersalin secara normal mahupun secara pembedahan, mengalami masalah sembelit, keputihan dan angin yang banyak di dalam perut.

Kesan daripada Mati Putik ini ialah mereka merasakan fobia untuk bersama pasangan. Hal ini kerana, aktiviti sekd dirasakan menyakitkan kerana tiada cecair yang dirembeskan kerana tiada keghairahan.

Antara petua pencegahan bagi masalah mati pucuk yang boleh diamalkan sendiri ialah dengan mendapatkan rehat yang cukup, menjaga waktu makan terutamanya sarapan awal pagi, mengatur stress, menjadualkan masa bersama keluarga dan waktu 'me time' sendiri. Selain itu, rawatan sendiri yang boleh dijalankan seperti bertangas, bertungku, rendaman vagina adalah sangat bagus untuk memberikan ransangan semula kepada alat sulit wanita.

Saya kongsikan sedikit petua alami yang anda boleh lakukan di rumah. 100 gram serbuk inai dicampurkan bersama 50gm serbuk manjakani dan sedikit air mawar. Buatlah masker di kawasan intim wanita sebelum anda tidur selama 20 minit. Ianya akan membantu melancarkan perjalanan darah di sekitar bahagian intim wanita dan meningkatkan sensitiviti zon erotik.

Namun begitu, jika semua cara di atas telah diamalkan, namun masih juga ada masalah dalam hubungan kelamin, saya syorkan anda bertemulah perawat untuk mengenal pasti punca masalah sebenar. Pengalaman saya, mereka yang mati putik ini, vagina nya sejuk dan longgar, mengalami keputihan, dan terlalu banyak biji-biji angin. Maka, satu rawatan khas vagina perlu dijalani.

Mati Putik sebenarnya bukan sahaja menyerang golongan berumur. Mati putik boleh terjadi seawal adanya gastrik. Perut yang buncit dan wajah yang kusam kurang keceriaan menggambarkan
bahawa anda sakit dan tidak bahagia.

Penjagaan diri dan alat kelamin perlulah bermula seawal anda perkahwinan. Mati putik yang tidak dirawat boleh menyebabkan masalah kepada rumah tangga. Apabila tiada kesepakatan antara suami isteri, maka di situlah lahirnya sebuah penceraian.

Tiga tahun lepas saya pernah merawat seorang wanita yang ada masalah mati putik. Beliau hampir bercerai. Beliau datang berjumpa saya untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan. Semasa sesi urutan dijalankan, semasa saya ingin memulakan urutan, ototnya sangat-sangat keras dan walaupun tekanan yang paling ringan dikenakan, beliau terus menjerit sakit. Urutan seakan usapan pun beliau sudah menjerit, belum lagi urutan 'deep tissue massage'. Ianya menggambarkan bahawa otot seluruh badannya sangat stress. Seluruh otot mengeras. Saya terpaksa menghentikan urutan dan terus menyoalnya. Beliau berterus-terang kepada saya bahawa beliau tidak pernah langsung mendapatkan sebarang rawatan tradisional selepas sahaja bersalin. Beliau mempunyai dua orang anak berumur 10 tahun dan 8 tahun. Rupanya mati putik ini di tahap yang paling bahaya ialah mereka langsung tidak boleh disentuh, hatta kain yang terkena pada badan pun dirasakan sakit. Jadi, bagaimanakah suami hendak menyentuh isteri? Di sinilah bermula sebuah perceraian.

Nasihat saya buat semua wanita, jika anda mengalami tanda-tanda di atas, segeralah mendapatkan rawatan yang bersesuaian mengikut masalah anda. Kekalkanlah institusi kekeluargaan dengan kasih-sayang dan ilmu.

Perkongsian ilmu adalah dapatan ilmu perawatan daripada guru saya sendiri, Puan Sarefa Redzuan dan juga suami saya sendiri, Ustaz Lokman Mohamed. Selain daripada itu, ianya adalah pengalaman sepanjang pengalaman kami di dalam bidang perawatan.

Wanita ibarat bunga, siramilah, bajakan ia dengan baik. Nescaya yang tumbuh itu adalah mawar merah yang subur dan mekar. Ianya wangi dan mewangikan seluruh alam.

Jika anda benar-benar ingin mendapatkan rawatan, boleh direcr whatsupp 018-3677769.

Jika mahu membeli produk, ada di bawah ini keterangan lanjut ya:-


Ini produk miss V😎
Miss V Special ( Scrub & Masker) RM49

Miss V Oil ( Urutan Miss V supaya cepat klimaks & digunakan untuk meruang & cuci di bahagian dalam vagina)
Rm49

Miss V Spray ( Boleh digunakan sebagai Pencuci Wanita Alami, tiada buih & bauan inai & ros asli), juga boleh untuk meruang.
Rm49
.
Jika nak buat masker, campurkan ketiga-tiga bahan ni...

Jika nak kesan power, tangas dlu sebelum nk scrub & masker, supaya khasiat herba cepat masuk, barulah cepat pinkish, ketat & cepat klimaks ( rasa sedap sngtπŸ™ˆπŸ™ˆπŸ™ˆ)
Tangas RM69

Nak beli?
Whatsupp
0178387695




Jika SERIUS INGIN RAWAT, Boleh buat rawatan ( Rujuk Pakej C)


Untuk Siapakah rawatan ini?
Rawatan ini adalah IKHTIAR UNTUK MUDAH HAMIL,
RAWATAN PENUTUPAN PANTANG (60-100 hari berpantang) bagi mengelakkan dingin,
juga untuk mereka yang aada masalah kegatalan & kentut vagina,
juga untuk mereka yang inginkan aset yang cantik, pinkish, ketat dan wangi.

Bagaimana Rawatan dijalankan?
Rawatan bermula dengan diagnos masalah, bertangas basah dan kering sambil minum jamu yang sangat sedap ;-)
Kemudian, saya akan cek keputihan, scrub dan masker.
Sesi yang sangat penting ialah urutan di kawasan peranakan dan masalah batin.
Kemudian, saya akan melakukan rawatan berfokus kepada masalah anda.

InsyaAllah selepas sahaja rawatan, anda akan rasa perbezaan yang ketara vagina dan pada wajah anda. Jika yang mahu mengetatkan vagina, ianya adalah 'instant result' ya! dalam 5 minit dah nampak kesan ;-)




Konsep Pantang yang Membawakan Kebahagiaan

Di dalam saya menguruskan ibu-ibu berpantang, suka saya bawakan konsep yang berbeza, lain daripada yang lain...

Antara kelainan yang saya cipta selama saya merawat ibu-ibu berpantang ialah saya hasilkan satu suasana gembira. Ada hadiah surprise untuk mereka. Bahagianya rasa kita bersalin orang hadiahkan dan beri kejutan kan? Selalunya anak sahaja yang dapat hadiah tetapi konsep yang cuba kita bawakan ialah kita beri penghargaan ke atas ibu yang separuh nyawa bertarung di dalam labour room.

Konsep kedua yang saya bawakan ialah saya mencipta satu resepi Brownies yang boleh dimakan ketika di dalam pantang. Resepinya saya olah agar boleh dimakan di dalam pantang. Hasil idea kreatif berunsurkan coklat juga, saya berjaya hasilkan dua lagi produk saya iaitu kerepek Crispy Happy dan maajun moden iaitu ChocoluV. Coklat ini menghasilkan hormon endorfin apabila dimakan, di mana ianya mencipta mood gembira pada hati ibu tersebut.

Konsep ketiga yang saya cuba bawakan ialah Satu Sesi Terapi Jiwa di mana ibu-ibu di dalam pantang akan saya ajar teknik untuk mengawal stress. Teknik dan hadiah yang saya beri itu mestilah digunakan di dalam pantang bagi membantu mereka mengawal stress.

Konsep keempat yang saya bawakan ialah set makanan tengah hari yang membangkitkan mood bahagia. Nasi dengan pelbagai warna dan jus serta jamu yang pelbagai mengelakkan ibu-ibu ini jemu di dalam pantang. Apabila ibu tidak jemu, maka mereka tidak akan mengambil makanan yang bukan sepatutnya ketika di dalam pantang.


Panduan Memilih Tukang Urut

Panduan ini boleh digunakan oleh anda dalam usaha mencari tukang urut terbaik.

Apabila bertanya kepada seorang tukang urut, kaji dahulu latar belakang pendidikannya.
Soal dia daripada mana dia belajar ilmu urutan dan perbidanan. Rata-rata bidan dahulu kala banyak yang mendapat ilmu melalui mimpi. Seorang nenek datang mengajar urutan sengkak rahim contohnya. Ilmu mimpi ini adalah saka keturunan. Maksudnya, dia mendapat ilmu daripada jin. Kemudian, soal selidik lagi adakah beliau pernah berguru dengan orang lain. Jika jawapannya tidak, maka anda boleh mencari tukang urut yang lain kerana dikhuatiri ilmu perbidanannya adalah 100% daripada saka keturunannya. Suka saya jelaskan bahawa ilmu yang diperolehi daripada mimpi adalah syirik. Biarpun begitu, ada juga mimpi yang bagus Allah datangkan kepada hambanya yang soleh. Namun, suka saya jelaskan bahawa adab menuntut ilmu adalah secara berguru berdepan. Ianya umpama zaman sahabat mendengar nasihat-nasihat daripada Nabi Muhammad SAW.

Setelah dikaji latar belakangnya, lihat amalannya. Ilmu perbidanan tradisional ini sangat berkait dengan jin. Ibu-ibu berpantang yang lemah tubuh badannya mudah dimasuki jin dan akhirnya meroyan. Maka, seorang tukang urut perlulah kuat pergantungannya kepada Allah SWT dalam usaha membenteng diri daripada segala 'bad energy' tersebut.




Akibat Tidak Berpantang

Akibat tidak berpantang yang ketara ialah anda sukar mendapatkan zuriat yang seterusnya.

Apabila rahim dan vagina anda bermasalah, maka kesuburan anda menurun.

Antara petanda anda kurang subur ialah:-

1) Miss V sejuk
2) Kaki anda sejuk dan kebas
3) Perut anda buncit
4) Sembelit
5) Keputihan teruk
6) Miss V longgar
7) Darah haid anda kehitaman
8) Darah period tidak teratur
9) Kerap kencing
10) Sakit ketika bersama
11) Kurang nafsu seks

Gambar :- Sumber google

Pengalaman Menjalankan Rawatan Penutupan Pantang ( 'Miss V Therapy')



Alhamdulillah untuk bulan Mei ini, seramai sepuluh orang yang saya jalankan rawatan terapi vagina. Rawatan ini dijalankan pada hari ke-60 berpantang. Ianya adalah bertujuan merapatkan kembali vagina kita yang terbuka 10cm semasa bersalin. Selepas sahaja bersalin, saluran vagina kita akan terbuka lebih kurang 2cm dan ianya adalah longgar. Maka, sesi rawatan dijalankan agar vagina kembali tutup rapat. Selain daripada itu, kulit vagina dan pengkal peha yang gelap turut dirawat. Kulit vagina yang kusam kembali merah jambu dan sangat wangi!

Rawatan vagina adalah sangat penting kerana kebanyakan wanita mati putik selepas sahaja bersalin. Mereka menjadi lambat untuk klimaks atau tidak klimaks langsung! Mereka juga  hilang selera ingin bersama suami. Maka apabila rawatan vagina dijalankan, wanita akan lebih cepat klimaks. Apabila klimaks, hormon endorfin ( hormon bahagia) dirembeskan. Jika hormon ini tidak dirembeskan, maka itulah kenapa wanita kerap marah dan beremosi.





Pengalaman Berpantang yang Hebat bersama Kami

Nak Rasa Pengalaman Hebat Ini?









*PAKEJ RAWATAN BERSAMA UIS SPECIAL THERAPY*

A. πŸ˜ *PAKEJ BERPANTANG DIAMOND VVIP* (1 Sesi 3jam-3 jam30minit)

{ Hot & cold stone massage, Guasa Sikat 100, Rawatan Kempiskan Perut & Berbengkung, Sauna, Pilis, Juicing & Jamu.}

10X Sesi Rawatan

🌹Istimewa:-
Sesi Tahnik bersama Us Lokman
Sesi Terapi Jiwa bersama Ummi Syatirah
Percuma Terapi Urutan Suami Tercinta😘
10 Hari Lunch Set
Percuma 15 Produk Set Bersalin
Sesi Rawatan & Penjagaan BayiπŸ‘ΆπŸ»
Hadiah Surprise😍

B.😁 *PAKEJ BERPANTANG EMAS* (1 Sesi; 3 jam- 3jam30minit)

{ Hot & Cold Stone Massage, Guasa Sikat 100, Sauna, Rawatan Kempiskan Perut, Berbengkung, Pilis, Juicing & Jamu}

3X Rawatan ( Percuma Tangas, 5% Pakej C)
10X Rawatan ( Percuma Tangas & Maajun, 10% Potongan Pakej C)

C. πŸ‘° *MISS V THERAPY; PENUTUPAN PANTANG* (2 jam)

😍Percuma 9 Produk Miss V

3X Rawatan
10X Rawatan
( Ansuran 5x)

D. πŸ‘ͺ *IBU MENGANDUNG*

πŸ’ͺ1X Terapi urutan mudah bersalin ( 8 bulan ke atas)

😍Percuma Air Penawar Mudah Bersalin

πŸ’†1X Relaxing Massage & Facial (4-9 bulan)

😍 Lulur, mandian susu & Facial
( 4-9 bulan)

< #Bagus untuk pembuangan angin, relaxing >

Pakej 3X, 10% diskaun.

E. πŸ’ͺ *Pakej Maintain Bulanan* (2jam30 minit - 3jam)

a) *Pakej Slimming* { Sauna, Lulur, Guasa, Wrapping, Mandian Herba, Relaxing Head Guasa)

b) *Detox* { Rendaman Kaki Boreh & terapi ozon, Urutan khas, guasa, bekam seluruh badan}

c) *Kesuburan/ Ikhtiar Hamil* { Bertangas, Bertungku & Urutan Khas}

d) *Rawatan Batin* { Rendaman kaki boreh terapi ozon, Guasa/ bekam, Terapi Urutan Khas}

e) *Gastrik / Angin Toxin*
{ Rendaman kaki boreh, Bertangas, Bertungku/ guasa, Terapi Urutan Khas/ Hot & Cold Stone Therapy }

1X Rawatan
3X Rawatan
11X Rawatan ( 3X Pembayaran)

πŸ’ž *UIS SPECIAL THERAPY SDN BHD*
Setiap booking tarikh hendaklah 30 % deposit.

🏠 Rawatan terus ke rumah anda! Percuma cas perjalanan bagi kawasan Putatan & Petagas.
Kawasan lain, RM1 untuk 1KM.

Jika jauh, boleh ke tempat kami di Kg Contoh, Petagas ( bersebelahan International Airport)

Ustaz Lokman, 010-9311769
Ummi Syatirah, 010- 9314769

Perawat lelaki & wanita disediakan
Video Sesi Terapi Jiwa Bersama Ummi Syatirah, klik link ini:- https://www.facebook.com/ummi.urutanbersalinsabah/videos/a.126481681166341.1073741829.100014135289271/126487144499128/?type=3&theater