Saturday, May 13, 2017
Punca Sukar Hamil
Apakah Punca Sukar Hamil?
Selama satu bulan Ummi merawat 6 wanita yang sukar mendapatkan zuriat. Alhamdulillah, di bawah ini adalah hasil analisis yang Ummi jalankan.
Punca Sukar Mendapatkan Zuriat:-
1. Makan makanan tidak sihat. Contohnya, air bergas, mi segera, makanan dan minuman yang menggunakan susu pekat manis, Minuman 3 in 1, sayap ayam dan makanan segera seperti nugget, sosej dan kentang goreng. Makanan ini adalah makanan tinggi garam, gula dan pengawet. Selain itu, kandungan gas yang tinggi di dalam minuman berkarbonat dan susu pekat manis akan memberikan tekanan kepada otot perut dan menyebabkan anda gastrik. Gastrik yang tidak dirawat akan menyebabkan senggugut. Manakala senggugut yang tidak dirawat akan menyebabkan istihadah ( darah haid melebihi 15 hari) dan akhirnya anda sukar mendapatkan zuriat.
2. Tekanan kerja. Mereka yang sukar mendapatkan zuriat ini kebanyakannya ialah golongan polis, akauntan dan guru. Kerja yang melibatkan otak kiri dan yang melibatkan satu tempoh waktu yang perlu disiapkan segera akan menyebabkan kita stress. Apabila stress, hubungan intim menjadi hambar. Otot yang stress juga menyebabkan lelaki mati pucuk dan wanita mati putik.
3. Angin terlalu banyak di dalam badan kerana tidak menjaga pemakanan. Angin yang terlalu banyak di dalam badan disebabkan sembelit dan lambat makan. Angin di dalam perut boleh mengganggu fungsi gastrousus. Apabila terlalu banyak, ia akan memberikan tekanan kepada otot dan akhirnya semua otot stress. Apabila otot rahim stress, ia akan mengembang setiap masa. Otot rahim yang suda hilang fungsinya untuk mengecut menyebabkan kitaran haid berubah dan akhirnya sukar untuk mendapatkan zuriat.
4. Selain itu, wanita yang ada gangguan sihir juga amat sukar mendapatkan zuriat. Selalunya jin akan berada pada rahim yang ada darah kotor ( mereka yang selalu istihadhah) dan pada vagina, iaitu jika keputihan yang teruk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bila baca ini teringat pula pada kawan kawan yang ternantikan cahaya mata. terima kasih dengan perkongsian ini
ReplyDeletehttps://msasyraff.blogspot.com/2018/09/kini-tiada-lagi-vertigo-yang-menyeksakan.html