Saturday, May 13, 2017

Apakah Tangas?

Tangas ini adalah amalan puteri-puteri raja terdahulu. Namun, bagi masyarakat kita, yang popular hanyalah urut dan bertungku. Namun, ianya kembali popular apabila pelbagai masalah vagina yang dialami oleh wanita masa kini disebabkan makanan tidak berkhasiat dan tinggi gula.

Apakah Tangas?
Tangas ialah herba campuran terdiri dariapda manjakani, sireh, inai, habbatus sauda dan herba-herba terpilih.
Tangas berfungsi mengecutkan peranakan, mengetat serta mewangikan vagina. Ianya juga membantu ibu-ibu yang ada masalah buasir dan mempunyai ketumbuhan di dalam rahim seperti fibroid. Ianya juga membantu masalah senggugut, keputihan dan juga gastrik.

Jenis-jenis tangas
Tangas Basah ialah herba yang dicampurkan bersama air yang banyak. Tujuannya adalah untuk mengekalkan kelembapan vaginaIanya amat sesuai untuk digunakan bagi memberikan kelembapan kepada vagina. Sesuai buat golongan yang mengalami simptom menopaus. Namun, bagi mereka yang baru sahaja bersalin juga digalakkan menggunakan herba tangas basah ini.

- Tangas kering ialah herba yang dicampurkan bersama sedikit sahaja air atau tidak dicampur langsung. Ianya  berfungsimenghilangkan lebihan cecair daripada badan seperti mereka yang mengalami keputihan. Selain itu ianya berfungsi mengecutkan rahim peranakan, mewangikan vagina serta membantu mereka yang mempunyai masalah fibroid dan period yang tidak stabil.

* Tangas basah dan kering hendaklah dibuat sekali agar keseimbangan cecair di dalam badan membantu merawat semua jenis masalah kewanitaan.

Bila Menggunakannya?
- Sebaiknya ketika darah nifas hampir tiada seperti pada hari ke-30.
- Ketika darah haid hampir habis.
Ianya bertujuan membantu mengeluarkan semua sisa-sisa baki darah yang tertinggal.
- Boleh dilakukan 3 kali seminggu atau setiap hari bagi mereka yang bermasalah seperti susah mendapat anak dan fibroid.

Bagaimana menggunakannya?
Tangas Basah: Masukkan 2 sudu herba tangas bersama 2 gelas air ke dalam periuk. Masak sehingga didih berasap selama 5 minit. Kemudian, letakkan ke dalam baldi atau bekas dan duduklah ke atas kerusi sambil kangkang kaki. Rasakan
kesedapan herba itu meresap masuk ke vagina dan perut anda akan berasa lembut dan tidak lagi terik.
Tangas kering: Masukkan 2 sudu herba tangas bersama 2 sudu air. Jadikan 'paste'. Kemudian, panaskan batu tungku di atas api yang kecil sehingga ianya betul-betul panas (10minit). Kemudian, letakkan paste tersebut ke atas batu tersebut dan kangkanglah di atasnya selama 10 minit.


Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi saya,
Bidan Ummi Syatirah 010-9314769

No comments:

Post a Comment