Bagi kami setiap daripada kita adalah berbeza masalahnya. Maka, perawatan kami akan berfokus menyelesaikan masalah anda. Kami bukanlah tukang urut yang hanya datang mengurut tapi kami akan pastikan semua masalah anda selesai. Contohnya, jika anda memang sebelumnya ada masalah gastrik dan sembelit yang teruk, rawatan berpantang kami akn fokus menyelesaikan masalah anda, insyaAllah.
Alhamdulillah sepanjang saya menguruskan ibu berpantang, semuanya berpuas hati kerana perut mereka kembali kempis.
Apa yang anda akan rasakan selepas sahaja rawatan ialah sakit pinggang anda akan mulai sembuh selepas sahaja 3x rawatan. Badan anda akan terasa sangat ringan dan segar, pembuangan anda lawas, perut anda kembali kempis dan peranakan anda kembali ke tempat asal.
No comments:
Post a Comment