Thursday, May 11, 2017

Bagaimana Menentukan Bahawa Rahim anda betul-betul Kecut Selepas Bersalin

Rahim kita membesar beribu-ribu kali ganda semasa kita mengandung. Selepas bayi keluar, rahim kita akan mula mengecut. Apabila bayi menyusu badan, ianya membantu pengecutan rahim. Biarpun begitu, semasa proses pengecutan, akan terasa sakit yang teramat kerana proses mengeluarkan darah beku yang tersimpan selama 9 bulan ibu mengandung. Sakit semasa pengecutan rahim akan dirasakan semasa seminggu awal bersalin.

Antara cara mengecutkan rahim yang terbaik ialah menggunakan kaedah Al-Kayy iaitu pemanasan.

1. Tungku:- Bertungku batu panas sangat bagus bagi melancarkan pengeluaran darah beku daripada dalam rahim.

2. Urutan:- Urutan secara lembut dan tepat mengena pada rahim akan membantu pengecutan rahim. Sengkak rahim adalah tidak sesuai pada waktu ini kerana boleh menyebabkan pendarahan.

3. Masker Herba:- Anda boleh meletakkan herba & balut menggunakan plastik sebelum memakai bengkung ketika sebelum tidur.

Rahim akan mengecut setelah 30 hari berpantang. Pengalaman saya merawat ibu-ibu di dalam pantang, mereka yang betul-betul berpantang, darah nifasnya akan habis seawal 30 hari dengan perut sudah kempis.

Bagaimanakah Cara Penentuan Rahim yang Telah Kecut?
Apabila anda baring, anda akan rasakan perut anda 'flat' di bawah pusat. Tiada benjolan. Apabila ditekan di point rahim, tiada ketulan ataupun keras. Apabila rahim anda betul-betul kecut, barulah darah nifas anda akan berhenti keluar.

Namun, bagi mereka yang tidak menjaga pantang, kulit di bahagian bawah pusat akan ada seperti benjolan. Ramai yang menyangka ianya lemak tetapi yang sebenarnya rahimnya belum betul-betul kecut. Saya pernah merawat seorang ibu berusia 50 tahun yang rahimnya belum kecut. Beliau bersalin melalui pembedahan dan banyak mengangkat berat dan aktif bergerak di dalam pantang. Semasa saya merawat beliau, rahimnya belum betul-betul kecut, perutnya buncit, rasa ngilu di tempat jahitan dan peranakannya juga jatuh disebabkan mengangkat anaknya yang cacat.

Nasihat saya, apa sahaja ujian yang Allah datangkan kepada anda ketika anda berpantang, jika anda tidak dapat berpantang dengan betul, berpantanglah kembali.


Ummi Syatirah
Kak Bidan Sempoi Sabah.  

No comments:

Post a Comment