Antara minuman yang bagus diamalkan sebaik sahaja bersalin ialah Minuman Tambah Darah yang dicampurkan dengan halba. Ianya mesti diamalkan sebaik sahaja bersalin sehinggalah tamat tempoh darah nifas. Minuman tambah darah dengan campuran pelbagai jenis kurma ini sangat bagus untuk membuka selera makan ibu-ibu yang telah banyak kehilangan darah sebaik sahaja bersalin. Selain itu, jus ini juga sangat bagus untuk membantu menambahkan zink di dalam badan. Muka yang pucat disebabkan kehilangan darah akan kembali segar selepas sahaja minuman ini diminum. Antara khasiat hebat jus ini ialah ianya membantu pengecutan rahim ibu. Apabila rahim kecut, barulah perut anda akan kembali kempis seperti anak dara.
Saya kongsikan di sini resepinya,
30 gm kurma cina
30 gm hitam
30 gm kurma kering ( boleh gunakan kurma Mariami)
30 gm buah goji
30gm buah longan
30gm halba
Semuanya dicuci bersih dan direbus dengan 3L air bertapis. Rebus dengan api kuat selama 10 minit dan direneh 1 jam dengan api yang perlahan. Tunggu sehingga suam dan boleh tambah madu atau gula merah jika anda suka lebih manis.
Namun, nasihat, minuman ini bagus dicampurkan dengan madu bagi membantu merawat luka-luka rahim dan otot yang tercedera semasa proses bersalin.
Madu juga sangat bagus dicampurkan bersama manjakani dan disapu pada tempat luka jahitan pembedahan ataupun episiotami.
Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan, anda hendaklah menjadikan amalan minuman jus ini bersama madu kerana lupa pembedahan adalah lebih besar daripada luka bersalin normal.
No comments:
Post a Comment