Bagi anda yang bersalin Normal:-
Rawatan dimulakan semasa hari ke-3 bersalin
Rawatan hendaklah berterusan selama seminggu. Rawatan bukan sekadar urutan, ianya juga membantu memberi kaunseling kepada ibu muda bagaiman teknik penyusuan yang betul. Rawatan yang dijalankan bertujuan memberikan kerehatan kepada otot kerana proses bersalin yang menggunakan otot pinggang dan punggung serta otot perut. Ibu berpantang yang kekurangan tidur perlu dipakaikan pilis bagi mengurangka kesakitan kepala. Ibu yang sembelit di awalnya boleh melakukan tangas basah, sesi urutan berfokus pada bahagian usus dan perut serta minuman jus bererat tinggi seperti jus lobak merah.
Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan, rawatan hendaklah dijalankan selepas seminggu. Ianya bertujuan memberi kerehatan kepada ibu yang penat bersalin secara pembedahan. Biarpun begitu, mandian herba dan makanan yang sihat perlu dimulakan sebaik sahaja bersalin.
Semua rawatan ini perlu diteruskan selama seminggu.
Kemudian, rawatan disambung pada hari ke-30 berpantang bagi membantu mengeluarkan sisa baki darah nifas. Apabila keluar cecair putih, barulah ibu-ibu boleh mandi wajib. Ketika inilah rawatan sengkak rahim dijalankan bagi menaikkan posisi rahim ke posisi asal. Bagi yang bersalin secara pembedahan, rahimnya tidak terturun, namun boleh terturun jika banyak mengangkat berat dan tidak berpantang dengan betul. Bagi yang bersalin secara pembedahan, pastikan anda memakai masker herba sebelum berbengkung. Bengkung dipakai di atas pusat. Ianya membantu mengecutkan rahim dengan cepat supaya perut anda cepat kempis.
Selepas 2 bulan berpantang, ibu-ibu perlu mendapatkan Rawatan Miss V. Ianya bertujuan mengetatkan semula Miss V yang longgar. Miss V longgar atas banyak sebab hatta anak dara pun Miss V hanya boleh longgar jika pernah terjatuh.
Miss V perlulah ditangas, discrub, dimasker,diurut, meruang herba dan diperiksa agar betul-betul ketat. Mis V yang longgar akan memberi laluan kepada keputihan dan bakteria pada saluran vagina.
Miss V yang ketat dan wangi adalah persediaan sebelum bersama suami pada hari ke-100.
Apabila Miss V tidak dirawat, itulah punca kenapa ramai wanita mati putik selepas bersalin.
Selain itu, pemakanan herba dan jamu hendaklah berterusan selama 100 hari berpantang.
Rempah ratus yang bersifat panas seperti lada hitam dan halba boleh dimulakan seawal bersalin.
Namun, herba yang bersifat mengetatkan seperti akar serapat dan manjakani hendaklah dimulakan selepas darah nifas berhenti. Biarpun begitu, kuantiti air yang diminum hendaklah banyak kerana herba-herba ini membantu proses detoks berlaku dengan lebih cepat. Apabila kurang meminum air, maka susu akan kering dan ibu-ibu boleh demam urat.
Ummi Syatirah
No comments:
Post a Comment