Wednesday, May 10, 2017

Kenali Diriku ;-)

Assalamualaikum...

Nama diberi, Nur Syatirah Bt Shuib. Berumur 28 tahun dan berasal dari Baling, Kedah. Saya mempunyai tiga orang anak. Yang sulung, Nur Fa'ieqah Faqihah, yang kedua, Faaqihuddin dan yang ketiga, Nur Farwah Fasihah. Saya berkahwin dengan Ustaz Lokman Mohamed.

Saya adalah graduan dari Universiti Malaysia Sabah di dalam bidang Teknologi Makanan & Bioproses selama 4 tahun. Saya menyambung pelajaran di dalam bidang tersebut kerana saya ingin mendalami punca kenapa ramai masyarakat kita pada hari ini yang sakit. Antara punca utamanya adalah pemakanan. Rupanya terlalu banyak pengawet di dalam makanan proses boleh menyebabkan kita sakit. Jadi, saya mengambil keputusan mendalami lagi di dalam bidang rawatan Alternatif dengan menggunakan bahan-bahan alami.

Percaturan Allah sangat cantik. Ketika saya masih lagi belajar di matrikulasi, saya sudah mula menjual bengkung orang bersalin. Pada waktu itu, ibu saya yang membantu menjual bengkung kerana saya tiada kenalan yang mengandung. Saya pun tidak tahu kenapa tiba-tiba saya mengambil keputusan menjual bengkung sedangkan saya tiada rakan-rakan yang mengandung. Rupanya Allah telah gerakkan hati saya pada waktu itu untuk mendalami lagi bidang ini.

Kemudian, saya menyambung pengajian di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Semasa di tahun 3, saya mengambil praktikal bersama Herba Penawar Al-Wahida (HPA) selama 6 bulan. Bermula daripada situlah saya belajar ilmu herba, ilmu standard perkilangan (GMP), ilmu perawatan alternatif dan banyak lagi. Alhamudulillah dengan ilmu yang saya pelajari inilah yang membantu saya di dalam pemprosesan herba-herba dan jamu orang berpantang.

Semasa di dalam tempoh 6 bulan praktikal, disebabkan minat yang betul-betul mendalam di dalam bidang ini, saya telah berguru dengan ramai pakar-pakar herba seperti Tuan Haji Ismail ( pengasas HPA & Pakar Herba Asia), Pak Agus ( Pakar Refleksologi), Puan Asma ( ilmu iridologi, herba dan perawatan wanita), dan ramai lagi tenaga pengajar yang lain. Setiap malam selama tempoh praktikal saya akan menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan oleh HPA.

Kemudian, saya telah menghadiri kursus Herbalis anjuran HPA selama 2 minggu berharga RM3000 selepas tamat praktikal di sana. Duit itulah yang saya kumpulkan ketika saya membuat bekam dan urutan ke rumah pelanggan dan hasil dari jualan produk HPA. Di dalam kursus inilah saya betul-betul mendalami ilmu herba dan pemakanan sihat,. Antara yang dipelajari ialah Ilmu menggunakan herba di dalam merawat penyakit, ilmu Thibbun Nabawi, Ilmu Iridologi,Bekam, Refleksologi & Urutan, Facial alami dan banyak lagi.

Selepas sahaja tamat kursus, saya menyambung 1 lagi sesi pengajian di UMS. Saya membuka sebuah syarikat bersama rakan-rakan iaitu Dar Al-Sakeenah Enterprise. Kami menjalankan perniagaan perawatan dan katering. Alhamudulillah sambutan masyarakat Sabah hebat pada waktu itu. Testimoni yang bagus menyebabkan kami tak menang tangan menyambut tempahan.

Selepas sahaja tamat peperiksaan Semester Akhir, pada sebelah malamnya saya kemalangan dan tangan saya telah patah.  Saya berada seminggu di hospital untuk pembedahan. Sebaik pulang daripada hospital saya menyiapkan tugasan thesis dengan tangan yang masih 'disemen'. Ketika pembentangan thesis, mulut & muka saya masih lagi lebam kesan daripada pembedahan tersebut.
Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana peritnya ketika itu kerana saya tiada keluarga di Sabah yang dapat menolong saat saya susah.


Kemudian saya pulang ke Kedah setelah tamat pengajian. 3 bulan saya memakai simen dan hanya Allah sahaja yang tahu berapa sukarnya hendak mengurus diri dengan tangan kanan yang berat berbalut. Sebelumnya saya telah pergi ke hospital untuk membuka simen. Saya melihat mereka yang patah tangan, salah satu jarinya tidak akan berfungsi dengan baik dan lemah. Saya mengambil keputusan untuk berjumpa bomoh patah untuk urut agar tangan saya kembali normal. Alhamdulillah ketika saya mendapatkan rawatan daripada 2 orang tukang urut dan tangan saya sembuh dengan baik. Namun, biarpun berlapik kain ketika urutan di tangan, saya merasakan bersalah. Mulai dari saat itu saya terus berdoa agar dikurniakan suami yang pakar di dalam bidang urutan. Apabila suami isteri pandai mengurut, maka barulah ada peluang bagi wanita untuk berurut dengan wanita. InsyaAllah saya masih lagi mendalami ilmu patah ini. Ilmu patah adalah ilmu yang sangat susah kerana ianya perlu betul-betul fokus dan tawajjuh kepada Allah. Itulah sebabnya kenapa tiada lagi tukang urut patah wanita.

Alhamdulillah ketika mak dan ayah saya akan menunaikan haji, saya tidak putus-putus berdoa dikurniakan suami yang hatinya mencintai Allah dan dia juga adalah seorang perawat. Alhamdulillah Allah makbulkan permintaan saya. Walaupun saya bukan hafizah tapi Allah kurniakan saya Hafiz. Allah takdirkan saya bertemu Ustaz Lokman ( suami) kerana pada waktu itu nenek ( mak ayah) saya tengah tenat. Alhamudulillah selepas rawatan membuang saka dengan suami, Tok saya meninggal. Kemudian ketika Hari ke-6 mak ayah saya menunaikan haji, ayah saya telefon. Dia bertanya saya samada mahu kirim doa kepada Nabi atau tidak. Ketika itu saya baru sahaja whatsupp melalui telefon dengan Ustaz Lokman. Ketika ayah saya telefon di Masjid Nabi, ayah saya suruh saya direct bercakap dengan Nabi. Ketika di dalam telefon itu, saya minta petunjuk kepada Nabi adakah Ustaz Lokman ini calon suami saya yang terbaik sekali. Alhamdulillah urusan perkahwinan kami sangat mudah. Selepas 1 bulan mak dan ayah pualng dari haji, kami terus melangsungkan perkahwinan.

Alhamdulillah dipertemukan jodoh yang terbaik. Banyak ilmu urutan pakar yang saya pelajari daripada Ustaz Lokman. Ilmunya luar biasa hebat! Kami juga selalu menghadiri kelas-kelas perawatan bagi menambahkan ilmu di dada. Antara guru saya yang paling banyak membantu ialah Cikgu Sarefa Redzuan. Walaupun masih muda namun ilmu perawatannya sangat hebat! Dari situlah saya banyak belajar ilmu menguruskan ilmu berpantang dan produk-produk alami bebas kimia.

Alhamdulillah...

Ummi Syatirah
Kak Bidan Sempoi Sabah
0138134597

No comments:

Post a Comment