Thursday, May 11, 2017

Penjagaan Bayi ketika di dalam Pantang

Sebaik sahaja dilahirkan, bayi hendaklah diazan dan diiqomahkan. Kemudian ibu perlulah segera menyusukan bayi biarpun tiada susu yang keluar pada waktu itu. Sedikit cecair yang keluar itulah antibodi yang bagus buat anak anda.

Pada sebelah malamnya, jika bayi banyak mengelat dan kerap terjaga maksudnya bayi perlu segera diurut, Ia adalah petanda bahawa badannya sakit. Proses bayi keluar melalui saluran vagina yang sempit memberi tekanan kepada ototnya. Maka, sebaiknya diurut pada betis, belakang dan bahunya.

Jika ibu sembelit, pastinya perut akan berangin. Bayi juga turut akan kembung, Maka, perlunya urutan menggunakan minyak herba khas untuk bayi pada bahagian perut dan betis.

Selepas pulang ke rumah, bayi boleh ditungku dan dipakaikan barut perut bagi mengelakkan perutnya kembung.

Jika ibu banyak memakan sayur dan buah yang masam, bayi akan muntah dan susunya berbau masam. Maka, ibu perlu minum susu kambing dan air zam-zam.


No comments:

Post a Comment