Thursday, May 11, 2017

Pengalaman Menjalankan Rawatan Miss V Therapy

Antara pembaharuan yang saya lakukan bagi ibu berpantang ialah Sesi Rawatan Penutupan Pantang bersama saya  ada rawatan Miss V.

Sesi rawatan dijalankan selepas ibu dua bulan berpantang. Ianya bertujuan memperlengkapkan ibu tersebut untuk bersama suami sehari hari ke-100 nanti.

Ramai ibu-ibu yang mati putik ( tak bernafsu dan susah klimaks) selepas berpantang. Ianya adalah kerana otot vagina dan rahim banyak digunakan ketika proses bersalin. Maka, otot rahim dan vagina perlu juga dirawat.

Sesi rawatan Miss V Therapy ini bertujuan mengetatkan semula vagina ibu yang longgar, merawat masalah keputihan. Ianya juga sangat bagus untuk menaikkan seri pengantin dan sebagai ikhtiar zuriat bagi mereka yang sukar mendapatkan zuriat.

Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan apabila membuat rawatan kepada seorang ibu berusia 50 tahun. Beliau dahulu tidak berpantang dan sekarang sering sakit-sakit. Beliau sanggup datang ke sini jauh daripada Kuala Lumpur semata-mata untuk mendapatkan rawatan bersama saya.

Beliau juga pernah disihir. Beliau sering istihadhah ( darah haid melebihi 15 hari) dan sering terasa sakit di ari-ari. Pelbagai rawatan Islam yang dijalankan namun masih lagi sakit. Maka, di sini perlunya rawatan fizikal. Apabila fizikal kuat, maka tiada laluan untuk jin masuk ke dalam badan kita.

Semasa sesi rawatan, beliau memberi tahu kepada saya bahawa beliau tengah nampak 'hantu jembalang'. Tangan saya yang penuh dengan herba meneruskan sahaja sesi rawatan. Saya kuatkan diri dan meneruskan sahaja rawatan. Rawatan Miss V ini menggunakan herba yang tidak disukai oleh jin. Maka, saya minta beliau tutup mata dan saya teruskan sahaja sesi rawatan. Selepas sahaja rawatan, beliau memberi tahu saya bahawa terasa panas di bahagian vagina. Ia menandakan gangguan jin di bahagian vagina. Paling ketara ialah jari saya pun menjadi hitam seolah-olah terbakar. Di dalam hati saya, mungkin jin telah terbakar semasa sesi meruang tadi.

Alhamdulillah selepas daripada sesi rawatan, beliau memberi tahu saya sakitnya mulai pulih dan kitaran darah haid nya kembali normal. Alhamdulillah!


Ummi Syatirah
Kak Bidan Sempoi Sabah


No comments:

Post a Comment