Apakah khasiat berbengkung dalam pantang bersalin?
Mengikut kefahaman perbidanan Melayu, rawatan bengkung dan kegunaan ubat barut bukan sahaja dapat mebantu dalam proses kecantikan badan, tetapi dapat membantu meningkatkan kesihatan ibu disamping dapat mengembalikan badan langsing dan ramping buat ibu bersalin.
Dengan berbengkung dan berbarut juga dapat mengeluarkan kumpulan angin panas atau angin toksik daripada perut ibu dan mengelak angin sejuk atau angin jahat di liang atau pori-pori perut ibu. Kegunaan ubat barut juga dapat memecahkan ketulan darah bantal, seterusnya melancarkan keluarannya melalui darah nifas dan mempercepatkan proses pengecutan rahim.
No comments:
Post a Comment