Alhamdulillah untuk bulan Mei ini, seramai sepuluh orang yang saya jalankan rawatan terapi vagina. Rawatan ini dijalankan pada hari ke-60 berpantang. Ianya adalah bertujuan merapatkan kembali vagina kita yang terbuka 10cm semasa bersalin. Selepas sahaja bersalin, saluran vagina kita akan terbuka lebih kurang 2cm dan ianya adalah longgar. Maka, sesi rawatan dijalankan agar vagina kembali tutup rapat. Selain daripada itu, kulit vagina dan pengkal peha yang gelap turut dirawat. Kulit vagina yang kusam kembali merah jambu dan sangat wangi!
Rawatan vagina adalah sangat penting kerana kebanyakan wanita mati putik selepas sahaja bersalin. Mereka menjadi lambat untuk klimaks atau tidak klimaks langsung! Mereka juga hilang selera ingin bersama suami. Maka apabila rawatan vagina dijalankan, wanita akan lebih cepat klimaks. Apabila klimaks, hormon endorfin ( hormon bahagia) dirembeskan. Jika hormon ini tidak dirembeskan, maka itulah kenapa wanita kerap marah dan beremosi.
No comments:
Post a Comment