Friday, May 12, 2017

Panduan Memilih Tukang Urut

Panduan ini boleh digunakan oleh anda dalam usaha mencari tukang urut terbaik.

Apabila bertanya kepada seorang tukang urut, kaji dahulu latar belakang pendidikannya.
Soal dia daripada mana dia belajar ilmu urutan dan perbidanan. Rata-rata bidan dahulu kala banyak yang mendapat ilmu melalui mimpi. Seorang nenek datang mengajar urutan sengkak rahim contohnya. Ilmu mimpi ini adalah saka keturunan. Maksudnya, dia mendapat ilmu daripada jin. Kemudian, soal selidik lagi adakah beliau pernah berguru dengan orang lain. Jika jawapannya tidak, maka anda boleh mencari tukang urut yang lain kerana dikhuatiri ilmu perbidanannya adalah 100% daripada saka keturunannya. Suka saya jelaskan bahawa ilmu yang diperolehi daripada mimpi adalah syirik. Biarpun begitu, ada juga mimpi yang bagus Allah datangkan kepada hambanya yang soleh. Namun, suka saya jelaskan bahawa adab menuntut ilmu adalah secara berguru berdepan. Ianya umpama zaman sahabat mendengar nasihat-nasihat daripada Nabi Muhammad SAW.

Setelah dikaji latar belakangnya, lihat amalannya. Ilmu perbidanan tradisional ini sangat berkait dengan jin. Ibu-ibu berpantang yang lemah tubuh badannya mudah dimasuki jin dan akhirnya meroyan. Maka, seorang tukang urut perlulah kuat pergantungannya kepada Allah SWT dalam usaha membenteng diri daripada segala 'bad energy' tersebut.




No comments:

Post a Comment