Thursday, May 11, 2017

Petua Kurus ketika Berpantang

Antara amalan yang anda boleh lakukan untuk menurunkan berat badan ketika berpantang:-

1. Mandi menggunakan air rebusan herba. Air rebusan herba ini membantu mengeluarkan teoksik daripada badan anda. Buat 2 baldi. 1 untuk rendaman kaki dan 1 lagi untuk mandian ketika berpantang. Semasa rendaman kaki, anda boleh scrub badan dengan herba dengan dilebihkan di bahagian pelipat di mana terletaknya 'lypnh nodes' seperti di ketiak, pelipat tangan dan kaki serta lebihkan scrub di bahagian berlemak seperti perut dan peha. Selepas 10 minit, mandilah dengan air rebusan herba untuk membantu membakar lagi lemak yang berada pada lapisan kulit. Rempah-ratus dan herba yang digunakan sangat bagus membantu membakar lemak dan membuang toksik melalui peluh yang keluar pada liang roma. Tubuh akan berasa ringan apabila semua toksik dikeluarkan.
Saya sendiri ketika berpantang mengamalkan rendaman kaki, scrub dan mandian herba dan melihat kesannya sangat ketara daripada berpantang yang sebelum ini.

2. Bersauna. Aktiviti sauna ketika berpantang adalah wajib jika anda serius ingin kurus! 8kg toksik di dalam tubuh badan kita akan keluar melalui perpeluhan. Organ terbesar di dalam tubuh badan kita ialah kulit. Maka, itulah sebabnya kenapa anda perlu bersauna. Toksik yang keluar akan digantikan dengan herba yang memasuki liang roma anda dan diserap masuk ke dalam darah. Herba ini akan berterusan membakar lemak anda secara senyap!

3. Berbengkung herba. Sebelum tidur pastikan anda meletakkan masker herba di perut. Selain membantu mengecutkan rahim, membuang angin, melancarkan pembuangan, memperbanyakkan susu ibu, ia juga membantu membakar lemak anda ketika anda tengah tidur. Bengkung pula membantu memberikan bentuk pinggang dan punggung agar kembali cantik.

4. Rempah-ratus. Banyakkan memakan rempah-ratus ketika di dalam pantang. Contohnya, kulit kayu manis, halia, lada hitam, biji sawi dan banyak lagi. Anda boleh gunakan di dalam masakan, tabur di atas nasi atau jadikan minuman.

Perkara paling penting ialah anda mesti pastikan pembuangan anda lawas. Jika anda tiada sembelit, insyaAllah berat anda akan cepat turun.

Selamat beramal.

Ummi Syatirah
Kak Bidan Sempoi Sabah

No comments:

Post a Comment