Meroyan terjadi apabila tubuh badan ibu lemah dan ibu stress. Apabila badan lemah dan fikiran bercelaru, ibu mudah terkena gangguan jin. Jin mudah masuk ke dalam badan ibu apabila ibu-ibu ini tidak boleh solat.
Maka, antara amalan yang boleh dilakukan ketika berpantang untuk mengelak daripada terkena meroyan ialah :-
1) Banyakkan berzikir kepada Allah
2) Minta suami bacakan ayat Al-quran kepada anda dan anak
3) Bergilir-gilir berjaga malam jika anak berjaga malam
4) Mendapatkan rawatan ketika berpantang bagi menguatkan tubuh badan ibu
5) Amalkan pemakanan sihat dan pemakanan yang membantu melawaskan pembuangan najis dan angin
6) Amalkan makanan Sunnah seperti kurma dan susu kambing
7) Dapatkan air penawar daripada Ustaz
8) Mendapatkan nasihat mereka yang pakar jika ada sebarang masalah sepanjang berpantang
9) Buka radio dan dengar kata-kata nasihat yang baik.
No comments:
Post a Comment