Sunday, May 14, 2017

Perancang Alami

Ikhtiar Perancang Alami

Ramai yang mengalami masalah kenaikan berat badan mendadak selepas mengambil ubat perancang. Tidak kurang juga yang mengalami pendarahan melebihi 15 hari ketika darah haid. Ada juga yang pening kepala dan sembelit.

Maka, anda juga boleh merancang secara alami kerana ianya lebih selamat namun kebergantungan kepada Allah mestilah tinggi bahawa Dialah sebaik-baik pemberi zuriat.

Antara cara yang boleh anda lakukan ialah:-

1.Berbincang & dapatkan persetujuan suami. Bincangkan berapa tahun kita mahu merancang untuk mendapatkan anak semula. Dapatkan kata sepakat.
Berapa ramai ibu2 yang tidak pernah pun meminta keizinan suami untuk merancang. Ingat, suami kunci Syurga kita ibu-ibu.
2. Mesti faham & hadam bahawa Allah sebaik-baik Penentu takdir rezeki kita. Jika dia takdirkan kita anak 10 orang, gunalah apa sahaja ubat, pasti tidak berjaya!
3. Namun, jika anda ada masalah kesihatan, adakah anda harus duduk diam & hanya ambil perancang? Itulah sebabnya perlu malah wajib buat rawatan sebaik sahaja bersalin. Rahim, usus, buah pinggang & perut adalah organ yang terlibat dan akan bermasalah jika anda tidak merawat selepas bersalin. Sembelit, angin yang banyak, kebas2, sejuk2 kaki, kencing sakit & tak lawas adalah antara kesan daripada tidak berpantang dengan baik.
4. Banyak sangat kesan sampingan daripada pengambilan ubat perancang. Antaranya hormon terganggu, masalah kesuburan, masalah haid,masalah berat badan dan pening kepala.

Namun yang menjadi isu sekarang,
'JIKA SAYA BELUM BERSEDIA, SAYA SAKIT, SAYA MAHU MENJARAKKAN KELAHIRAN.'

Solusinya;-
1. Tolong ya ibu-ibu buat rawatan sehingga badan anda betul-betul sihat.
2. Tips ketika bersama:-
a) Sebelum bersama, rancang jadual 'bersama' suami, elakkan bersama pada waktu subur.
b) Makanlah herba yang sejuk atau minum sahaja teh tarik, makan sayur2 bersifat sejuk seperti kangkung, timun, nangka,air kelapa supaya rahim anda sejuk & air mani suami sedikit dan kurang kualiti. Ini adalah ikhtiar kerana suhu yang sejuk mengurangkan % peratusan kehamilan.
c) Sebelum bersama, perbetulkan Niat. Ak bersama suami kerana Allah taala. Tugas aku melayan suami. Minta suami sama2 berdoa agar sesi bersama ini hanyalah untuk kemesraan suami isteri bukan tujuan untuk mendapatkan zuriat. Ramai yang hamil kerana suami inginkan zuriat.
d) Suami boleh ikhtiar dengan pancut di luar. Namun, di dalam air mazi juga ada sperma. Mahu tak mahu isteri mesti rajin untuk bangun dan terus cuci sebaik sahaja 'bersama'. Lakukanlah meruang herba kerana herba yang panas boleh mematikan spema!
.
Namun begitu saya mohon sesiapa sahaja yang mengambil ubat perancang dengan niat merancang, minta istighfar & buat solat taubat. Perbetulkan 'aqidah anda bahawa Allah sebaik-baik perancang.
Kenapa ilmu ini sangat mahal, kerana ianya berkaitan Akidah & kefahaman.
.
Satu lagi persoalan, bagaimanakah jika anda sukar hamil selepas sahaja mengambil perancang?
Boleh hubungi saya untuk saya bantu cek punca anda sukar hamil ya...

Ummi Syatirah
Kak Bidan Sempoi

No comments:

Post a Comment