Thursday, May 11, 2017

Masalah & Penyelesaian Sepanjang Berpantang

Antara masalah utama yang akan dihadapi jika tidak berpantang dangan baik ialah meroyan. Jadi, di dalam perawatan kami, ada Sesi Terapi Jiwa bersama Ummi. Saya akan ajar teknik untuk kendalikan stress di dalam berpantang. Selain itu, kami ada guasa kepala di mana membantu pembuangan angin jahat di kepala yang boleh menyebabkan meroyan.

Masalah kedua ialah bengkak susu. Ianya kerap berlaku semasa hari ke-3 berpantang. Itulah sebabnya rawatan dimulakan pada hari ke-3. Ibu-ibu muda ini akan kami beri sesi kaunseling dan diajar teknik menyusu yang betul.

Masalah ketiga ialah sembelit yang teruk boleh menyebabkan buasir dan jahitan episiotomi terbuka. Maka, dengan teknik urutan yang betul, bertangas, minuman jus dan jamu khas membantu pelawasan.

Masalah keempat ialah masalah berat badan dan perut buncit. Alhamdulillah dengan ilmu dan kepakaran yang kami miliki, mereka akan mendapatkan kembali berat asal selepas sebulan.

No comments:

Post a Comment