Friday, May 12, 2017

Konsep Pantang yang Membawakan Kebahagiaan

Di dalam saya menguruskan ibu-ibu berpantang, suka saya bawakan konsep yang berbeza, lain daripada yang lain...

Antara kelainan yang saya cipta selama saya merawat ibu-ibu berpantang ialah saya hasilkan satu suasana gembira. Ada hadiah surprise untuk mereka. Bahagianya rasa kita bersalin orang hadiahkan dan beri kejutan kan? Selalunya anak sahaja yang dapat hadiah tetapi konsep yang cuba kita bawakan ialah kita beri penghargaan ke atas ibu yang separuh nyawa bertarung di dalam labour room.

Konsep kedua yang saya bawakan ialah saya mencipta satu resepi Brownies yang boleh dimakan ketika di dalam pantang. Resepinya saya olah agar boleh dimakan di dalam pantang. Hasil idea kreatif berunsurkan coklat juga, saya berjaya hasilkan dua lagi produk saya iaitu kerepek Crispy Happy dan maajun moden iaitu ChocoluV. Coklat ini menghasilkan hormon endorfin apabila dimakan, di mana ianya mencipta mood gembira pada hati ibu tersebut.

Konsep ketiga yang saya cuba bawakan ialah Satu Sesi Terapi Jiwa di mana ibu-ibu di dalam pantang akan saya ajar teknik untuk mengawal stress. Teknik dan hadiah yang saya beri itu mestilah digunakan di dalam pantang bagi membantu mereka mengawal stress.

Konsep keempat yang saya bawakan ialah set makanan tengah hari yang membangkitkan mood bahagia. Nasi dengan pelbagai warna dan jus serta jamu yang pelbagai mengelakkan ibu-ibu ini jemu di dalam pantang. Apabila ibu tidak jemu, maka mereka tidak akan mengambil makanan yang bukan sepatutnya ketika di dalam pantang.


No comments:

Post a Comment