Tuesday, June 6, 2017
Panduan Berpuasa Ibu Menyusu
Tahukah anda bahawa jika anda terlebih mengambil makanan bersifat panas, anda dan bayi anda mudah demam? Ditambah pada bulan puasa, badan anda kekurangan air. Maka, nasihat saya, sediakan 1.5L air, letak di sebelah katil atau sebelah tempat solat anda agar anda dapat mengambil jumlah air yang secukupnya. Ibu-ibu menyusukan bayi hendaklah minum air setiap 30 minit sekali sebaik berbuka puasa sehinggalah anda tidur. Air yang kurang di dalam badan boleh menyebabkan anak anda demam.
Sebaiknya, blend buah tembikai bersama kurma. Anda tidak perlu lagi menambah gula, berpadalah dengan manisnya kurma. Boleh tambahkan madu jika anda ingin kesan yang lebih efektif.
Mari kita teliti apa yang disyorkan oleh Nabi kita,
Abu Daud menambahkan dalam riwayatnya bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Panasnya buah ini (kurma), kita seimbangkan dengan dinginnya buah ini ( semangka/ tembikai). Hadis ini disahihkan oleh Al_Suyuti dan Al-Arnauth)
Namun begitu, ibu yang masih berpantang, anda boleh gantikan tembikai dengan asam jawa ya...
Ummi Syatirah
Kak Bidan Sempoi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment