Tuesday, September 25, 2018

PETUA MUDAH HAMIL 1

Perkara pertama yang perlu ditekankan sebelum anda hamil ialah berat badan. Pastikan anda mencapai berat badan ideal sebelum anda hamil. Ketika anda hamil, berat akan bertambah lagi sebanyak 10kg hingga ke 20kg. Bayangkan berat sekarang dah 80kg, selepas 9 bulan hamil, berat anda 100kg.

Paling penting, berat badan ideal menandakan paras gula dan kolestrol kita di tahap yang selamat. Biarpun bukan semua yang kurus tidak mempunyai masalah kolesterol, namun ianya adalah indikasi mudah untuk anda faham kenapa pentingnya mencapai berat badan ideal. Kiralah BMI anda sekarang. Jangan lebih daripada 25 ya. Paling mudah sematkan di fikiran, jika tinggi aku 153cm, maka berat yang perlu aku capai ialah 53kg. Ingat sahaja angka di belakang.

Selain berat badan yang ideal, penting sangat untuk anda bebas daripada kencing manis. Anda sangat berisiko bayi besar dan mempunyai masalah ketika anda mengandung nanti jika mempunyai kencing manis. Pada penghujung kehamilan, kaki anda akan membengkak. Peratusan untuk bayi anda prolonged jaundise adalah tinggi jika anda mempunyai kencing manis. Maka, sanggupkah anda bersusah-payah ulang-alik ke hospital semata-mata ingin berjumpa pakar? Adilkan Allah kenapa Dia tak takdirkan anda hamil lagi? Dia sayangkan anda. Jika Dia hamilkan anda dalam keadaan badan anda sakit, sudah pasti anda tidak mampu lagi untuk bertahan dengan ujian sepanjang kehamilan dan ketika berpantang.

Berpantang itu tidaklah semanis bau bayi yang wangi. Berjaga malam dan menjaga anak ketika badan anda masih sakit bukanlah sesuatu yang mudah. Jadi, ucapkanlah Syukur Alhamdulillah ya Allah, Engkau tak takdirkan aku hamil lagi saat ini. Aku bersyukur Engkau tidak uji aku saat aku sakit ini. Aku redho atas ujianMu yang sedikit ini. Ya Allah, kau bimbinglah aku, sihatkanlah aku ya Allah.

Teruskan berdoa...

Ya Allah, kau bantulah aku untuk mengubah diet pemakanan aku. Jika dulu semuanya aku makan, mulai harini Kau bantulah aku untuk aku ubah pemakanan aku ke arah yang lebih sihat dan seimbang. Amin.


Di bawah ini, Ummi sertakan gambaran contoh diet yang telah menurunkan berat Ummi 6kg selama 9 hari. Tak cuba, rugi...hehe ;-)










Terakhir sekali, jangan lupa buat stok buah-buahan dalam peti ais. Pastikan buah itu tinggi serat seperti epal merah, avokado, plum, oren dan delima.

Jika anda serius nak turunkan berat badan, anda perlu berpuasa. Ganti puasa paling mudah hehe. ganti terus hingga habis. Puasa adalah proses detoks dan membaiki perut anda. Kemudian, anda makan pula makanan yang berkhasiat, memang berat badan anda akan turun mencanak dan hormon anda akan kembali stabil. Badan yang berat akan terasa ringan!

Jangan baca je tau! Selamat beramal ;-)

Bagi yang nak lagi banyak tips, boleh dapatkan Ebook Pantang Tradisional. Banyak sangat tips sehingga anda rasa, ok, bulan depan insyaAllah aku hamil!

Yakin!

Kalau nak pahala akhirat juga, Share kan artikel ini ke facebook anda ya. Boleh copy link di atas ;-)
Jika nak bimbingan, boleh join group whatsupp Ikhtiar Hamil. Klik sini:- Saya Nak Cepat Hamil!

Ummi Syatirah
Kak Bidan Sempoi
013-8134597.












Monday, September 24, 2018

BUNTU KENAPA BELUM HAMIL?

Alhamdulillah! Tahniah kerana Allah telah pilih anda untuk ikhtiar hamil. Anda orang yang bertuah
kerana berjaya membaca blog ini. Ucapkanlah Alhamdulillah di dalam hati anda sekarang!

Sebelum itu, mesti anda nak kenal kan siapakah saya kan?

Saya, lebih dikenali sebagai Ummi Syatirah, mempunyai sebuah pusat rawatan, iaitu qulusatherapy di bawah syarikat UIS Special Therapy Sdn Bhd. Saya berpengalaman merawat lebih 7 tahun. Selain urutan, saya juga banyak berkongsi maklumat berkenaan berpantang dan rawatan ikhtiar hamil. Alhamudulillah semasa dua tahun saya di Sabah, lebih daripada 100 orang yang berjaya hamil.

Namun, customer kami adalah lebih daripada 2000 orang daripada database yang kami simpan dan maklumat mereka semua adalah rahsia kami.

Saya juga banyak berkongsi info di dalam majalah Pa&Ma dan Mingguan Wanita. Anda boleh baca di blog syarikat kami : http://qulusa.blogspot.com/2018/07/edisi-bersama-majalah.html/

Maka, di kesempatan ini, saya ingin mengajak anda semua join group Ikhtiar Hamil ini untuk saya bantu. Klik di sini: https://chat.whatsapp.com/ILTkqGx8h2rDwTrZgcITSJ.

Tawaran hebat menanti anda sebelum jam10 malam ini. Bagi yang share kepada rakan anda melebihi 20 orang, saya minta anda screenshot bukti dan beri kepada saya di 013-8134597 untuk saya berikan ebook Pantang Tradisional yang berharga RM99 PERCUMA!


Sekian, salam perkenalan buat semua.
Ummi Syatirah.
013-8134597.
syatirahshuib@gmail.com

Boleh follow saya juga di Fb: Ummi Syatirah. ;-)

Saturday, October 21, 2017

EBOOK PANTANG TRADISIONAL

Anda tahu tak wanita ni dipengaruhi oleh Hormon?

Nak Hamil, hormon perlu seimbang. Apabila Hamil, hormon pun perlu seimbang juga. Dalam  pantang pun hormon perlu seimbang. Jika tak, rambut akan luruh, kitaran haid tak teratur.

Apakah yang sebenarnya memperngaruhi hormon kita?
Pemakanan, gaya hidup serta semua bahan yang kita guna dan sapu pada badan sangat mempengaruhi hormon kita.

Pemakanan yang bebas daripada bahan kimia berbahaya, produk penjagaan wajah dan kulit yang tinggi bahan kimia serta rutin tidur lewat adalah antara faktor utama anda sukar hamil.

Nak kupasan lebih lanjut?
Jom dapatkan ebook ini segera ya ;-)

Whatsupp Ummi sendiri, 013-8134597.







Saturday, September 23, 2017

Wanita dan Kehamilan

Tentang Kehamilan



A. Bagaimana Ingin Hamil


1. Bagi anda yang tengah merancang kehamilan, perkara yang wajib anda ketahui ialah waktu subur. Pada waktu ini, segala pemakanan sihat dan segala aktiviti yang dijalankan hendaklah dititik beratkan.

2. Waktu subur ditentukan apabila keluarnya lendiran cecair putih telur. Maka, pada waktu ini, anda hendaklah ‘ berhoneymoon’ bersama suami. Kebanyakan wanita akan keluar cecair putih telur ini sebaik sahaja selepas tamatnya darah haid dan berlarutan selama seminggu. Namun, bukan semua wanita yang keluar cecair putih telur ini. Ada yang hanya keluar cecair putih susu. Maka, bagi anda yang hanya mengeluarkan cecair putih susu ini, rawatan perlulah dilakukan bagi meningkatkan kesuburan rahim anda seperti memakan herba yang membantu meningkatkan kesuburan wanita seperti kacip fatimah.

3. Selain itu, antara cara lain meningkatkan kesuburan rahim dan merawat masalah berkaitan organ intim wanita adalah dengan bertangas. Tangas dilakukan ketika warna darah haid sedikit coklat, lebih kurang pada hari ke-5 hinggalah hari ke-8 setiap hari. Hendaklah berhanti bertangas ketika keluarnya cecair putih telur pada hari tersebut. Elakkan bertangas dan sengkak peranakan ketika waktu subur melainkan anda masih di dalam proses rawatan. Urutan relaxing dibolehkan tanpa mengganggu kawasan ari-ari.

4. Selain itu, makanlah herba yang membantu melancarkan kitaran darah haid bermula seawal haid dan dilebihkan ketika haid hampir habis. Elakkan mengambil herba yang bersifat mengetatkan dalam 1 jenis sahaja. Namun, jika herba tersebut telah bercampur dengan herba lain seperti cekur dan lain-lain di mana formulasinya sesuai dimakan ketika haid, ianya tidak ada masalah.

5. Herba ini mestilah dimakan ketika anda sembelit dan rasa perut berangin walaupun ketika waktu subur. Jika rahim sejuk, maka rahim kurang subur. Apabila ingin ikhtiar hamil, makanlah herba sehingga kitaran haid anda stabil, bukan berhenti sebelum haid. Apabila haid telah stabil selama dua bulan, maka barulah merancang kehamilan. Pastikan badan anda betul-betul sihat dahulu sebelum merancang kehamilan ya.

6. Untuk tips pemakanan, saya akan terangkan di dalam Kelas Khas Pemakanan kerana ianya sangat detail kerana saya perlu kupas mengikut masalah anda. Setiap orang, diet pemakanannya tidak sama ya. Boleh Whatsupp 018-3677769 untuk Kelas.   

7. Kerapkan bersama semasa waktu subur. Paling bagus setiap hari atau selang 2 hari sekali. Elakkan aktiviti seks yang terlalu kasar atau menyebabkan klimaks semasa 3 minggu selepas waktu subur kerana dikhuatiri berlaku pengecutan rahim ketika klimaks. ( Aktiviti seks semasa ini hendaklah yang ringan sahaja.)

 B. Bagaimana Ingin Menjarakkan Kehamilan Secara Alami ?

1. Bagi yang ingin menjarakkan kehamilan, anda perlu mengetahui waktu subur anda. Catatkan tarikh haid anda setiap bulan, elakkan agak-agak ya.

2. Anda juga perlulah elakkan bersama ketika waktu subur. Iaitu ketika keluarnya cecair putih telur. Namun, jika bersama suami, saya syorkan anda bertangas keesokan harinya.
                                                            

3. Selain itu, amalan bertungku adalah sangat bagus. Sebaik sahaja tamat darah haid keluar, bertungkulah selama seminggu. Semasa darah haid telah lewat sehari, anda digalakkan bertungku lebih kerap dan lebih lama jika tiada tanda-tanda kehamilan seperti loya atau terlebih peka dengan bau. 

Bertungku atau Hotstone Massage di kawasan peranakan ketika waktu subur dan ketika haid terlewat sehari.




4. Namun, berhati-hatilah ketika tujuh hari terakhir sebelum kitaran 
haid yang seterusnya. Pada waktu inilah waktu terbaik untuk 
menjalankan rawatan seperti urutan, bertangas dan bertungku. Rawatan bertangas dan bertungku boleh dijalankan juga sendiri di rumah jika anda bertekad ingin melakukannya setiap hari. Buatlah sehingga datang haid yang seterusnya.

5. Amalan memakan herba hendaklah dijarakkan selama 3 hari sekali bagi memastikan kesihatan kita sentiasa baik. Namun, jika haid sudah terlewat sehari, lebihkan makan herba ketika waktu ini ya... Rahim sangat berkait rapat dengan suhu. Maka, anda perlu tahu seni menaik dan merendahkan suhu ya

6. Selain itu, berbincanglah dengan suami waktu yang anda bersedia untuk ingin hamil kembali. Contohnya, jika ingin jarakkan 3 tahun, maka berdoalah agar selepas 3 tahun barulah mengandung.
Pastikan fikiran anda tidak memikirkan tentang takut mengandung. Jika rasa takut, ia juga akan menyebabkan anda mengandung.

- Ini semua adalah ikhtiar, namun semuanya adalah Hak Sang Pencipta. Kepada Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembali.


Ummi Syatirah
Kak Bidan Sempoi
018-3677769
Qulusa Putatan, Sabah.

Tuesday, August 15, 2017

SOALAN POPULAR KETIKA BERPANTANG

Pelbagai mitos tentang berpantang kan? Jom banyakkan membaca agar kita beroleh ilmu yang tepat dan betul untuk dipraktikkan ya.



1. Bertangas tidak buka jahitan ?
Mula-mula sekali kena faham tujuan bertangas dan pada masa bila dilakukan.

Pada hari ke-3 berpantang, ibu-ibu yang sembelit disyorkan bertangas basah bagi membantu melancarkan pelawasan. Namun, fokus tangas adalah pada saluran dubur, di mana tempat najis keluar, bukan pada vagina. Maka, Ibu-ibu sendiri perlulah bergerak ke hadapan sedikit agar asar herba membantu membuka saluran dubur yang sembelit dan seterusnya membantu melancarkan pembuangan najis.

Pada hari ke-30 berpantang, luka jahitan telah mulai sembuh (episiotomi). Maka bertangas membantu merapatkan kembali vagina yang longgar. Bagaimana vagina yang membesar sehingga 10cm boleh tutup kembali tanpa apa-apa rawatan? Inilah kenapa mereka yang tidak bertangas mudah mengalami mati putik., di mana dingin dengan suami dan susah hendak klimaks.

2. Berkipas/aircond tidak masuk angin dlm perut ?

Sebenarnya apabila anda berpantang dengan baik selama 100 hari, badan anda betul-betul sihat. Badan akan mudah masuk angin apabila tidak berpantang dengan baik ketika lahirnya anak pertama. 

Banyak cara sebenarnya nak elakkan badan masuk angin. Antara ialah mandian herba dan memakai minyak herba ke seluruh anggota badan selepas sahaja mandi ataupun berparam. Maka, ada lapisan minyak dan herba yang menghalang untuk angin masuk ke dalam badan. 

Apa yang menjadi masalah kepada ibu-ibu moden sekarang ialah mereka mandi menggunakan air suam tanpa herba dan tidak memakai minyak. Walaupun anda mandi air suam tetapi tiada herba, air itu lama-kelamaan akan sejuk juga dan angin mudah masuk. Selain itu, amalan tidak memakai stokin dan berpakaian singkat juga mendedah kepada kemasukan angin.

Berkipas tidaklah memudarat andai anda tahu cara berpantang yang betul.

3. Seminggu selepas brsalin tidak apa-apa ka kalau mandi ?

Mandi wajib setiap hari. Mandi berherba sebaiknya selama 44 hari. Yang menjadi masalah ialah anda mandi air sejuk biasa, memang berbahaya di bawah tempoh 44 hari. Tubuh perlu dicuci kerana ibu-ibu berpantang kerap berpeluh.

4. Boleh potong kuku selepas bersalin ? Atau selepas 44hari ?

Boleh potong kuku ketika berhadas. Anda boleh menyimpan kuku dan mandi wajib sekali nanti. Sanggupkan anda makan dengan kuku hitam panjang???


5. Apa akibat kalau tidak berpantang ?
Artritis ( rasa sakit nyilu di semua sendi badan)


Ketika mengandung, rahim anda mengalami satu proses pembesaran beribu-ribu kali ganda. Selepas bersalin, rahim tersebut akan mengecut. Namun, rahim akan hilang elastisiti jika pemakanan yang anda makan bersifat sejuk dan tinggi xenoestrogen. 

Antara penyakit yang bakal dihidapi bagi mereka yang tidak berpantang ialah meroyan, bentan urat, mati putik, terdedah kepada risiko stroke ( Ummi pernanh merawat ibu stroke selepas dua bulan bersalin secara pembedahan) dan risiko srtritis (ada yang berumur 30an dan 50an) dan mereka ini sentiasa sakit seumur hidup.

Namun, bagi mereka yang berpantang ala-kadar, mereka ini mudah seram sejuk, sejuk tapak kaki, buncit perut, sukar menurunkan berat badan dan mudah kebas kaki dan tapak tangan. Kebas ini jika dibiarkan lama-kelamaan boleh menjadi stroke. Stroke ini umpama mayat yang bernyawa. Tolong ya ambillah berat tentang badan anda!


6. Bolehkah sisir (sikat) rambut? (sikat guasa)


Satu kelebihan dalam teknik rawatan berpantang kami ialah ada sikat guasa. Kami menggunakan sikat ini bagi membantu mengeluarkan angin di dalam kepala ibu-ibu berpantang.Apabila angin ini tidak dikeluarkan, ditambah pula tidur ibu yang tidak cukup, maka ibu-ibu mudah sakit kepala dan meroyan. Selain itu, para ahli terapi kami memang telah diajar untuk berdoa bagi membuang segala 'bad energy' yang boleh menyebabkan ibu-ibu meroyan di kemudian hari. InsyaAllah ini adalah teknik pertama di dunia.

7. Bersauna tidak buat jahitan terbuka ? Sebab kan panas ?

Panas sauna tidak sepanas api ya ;-)
Suhu sauna itu ialah suhu yang boleh diterima oleh badan. Suhu dari periuk sahaja 100'C, namun apabila ianya sampai ke kulit anda, suhu nya adalah sekitar 40'C.
Maka, ianya langsung tidak mengganggu luka jahitan. Namun, saya syorkan anda tutuplah dengan kapas pada bahagian luka jika anda khuatir dan akhirnya mengganggu keselesaan anda bersauna.

8. Tidak mahu urut perut atau letak herba di perut boleh ka ? (Pelanggan Bersalin secara Pembedahan)

Bagi mereka yang bersalin secara pembedahan, badan anda sebenarnya telah mengumpulkan angin yang banyak ketika proses bersalin. Perut yang dibelah sebenarnya telah mengumpulkan udara yang banyak disebabkan suhu aircond yang terlalu sejuk ketika  proses bersalin. 

Maka, itulah sebabnya kami meletakkan sedikit herba bagi membantu mengeluarkan angin daripada perut anda. Herba ini juga akan membantu melawaskan pengeluaran darah nifas anda dan seterusnya membantu mengelakkan anda daripada sembelit.

Selepas seminggu awal bersalin, anda sudah boleh urut seluruh badna kecuali di bawah pusat hingga ke ari-ari. Bahagian perut boleh diurut lembut sekadar membantu pembuangan angin. ( Urutan ini mesti dipelajari dan tidak boleh hanya agak-agak ya).

Selepas sebulan luka jahitan dah pulih sepenuhnya, anda dah boleh berbengkung dan urutan di kawasan rahim sekadar untuk mengecutkan rahim bukan sengkak rahim ya! (Pastikan ahli terapi yang sebaiknya menguruskan anda ).

9. Kalau saya bagi susu baby , kaki selalu menggigil itu sebab apa ya ?

Itu bermaksud rahim anda sedang mengecut. Rahim anda membesar bersama kandungan di dalam perut anda. Maka, selepas bersalin, ia akan mengecut ke posisi asal. 


10. Mandi malam belum sampai 44 hari boleh ka ?

Tidak dibenarkan ya kerana suhu badan memang sejuk ketika darah nifas keluar. Maka, jangan turunkan lagi suhu badan melainkan anda makan makanan dan minuman panas. Sebenarnya anda perlu mandi sebelum waktu asar. Kemudian wajib memakai minyak herba dan menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. (Perlu berbaju lengan panjang). 

11. Makan pedas selepas bsalin boleh mengakibatkan apa ya ?

Makan pedas akan menyebabkan pengumpulan angin di perut. Maka, anda dan bayi yang menyusukan badan akan mudah kembung perut. Bayi yang kembung perut, sukar untuk tidur dengan nyenyak dan kerap menyusu. Namun, jika anda tidak menyusukan badan, badan anda sendiri mudah sakit badan. Apabila badan banyak angin, anda akan mudah sakit belakang, sejuk-sejuk tapak kaki, sembelit dan mudah sakit kepala.

12. Benarkan makan kunyit dan halia boleh sebabkan bayi kuning?


Rata-rata ibu yang mengalami masalah bayi kuning adalah ibu yang tidak menjaga pemakanan sejak dari mengandung. Ketika penghujung kehamilan, mereka ini akan bengkak pada tapak kaki (edema). Bengkak ini menunjukkan pengumpulan toksin di dalam badann dalam kuantiti yang tinggi.
Itulah sebabnya kenapa saya syorkan ibu-ibu buat rendaman kaki sebaik selepas bersalin menggunakan herba boreh. Saya dah tunjukkn caranya di sini, klik :-Elak Bayi Kuning (Jaundise).

Sebenarnya, makanan yang menjadi punca kepada masalah kuning ialah makanan yang tinggi bahan pengawet di mana ianya susah untuk disingkirkan daripada hati. Itulah sebabnya ketika berpantang, makanlah makanan berkhasiat seperti ulam-ulaman, jus segar seperti jus avokado, jamu roselle dan minuman tambah darah. 

13. Benarkah tidak boleh minum jamu ketika berpantang?



Apa sahaja yang kita nak makan, lihatlah apa ramuannya. Jika ada ditulis bahan pengawet, elakkanlah sebaiknya. Hatta bukan ketika berpantang sekalipun.

Jamu ditolak oleh pada doktor kerana ada sesetengah jamu mengandungi dos herba bersifat panas yang terlalu tinggi. Contohnya, menggunakan manjakani dan akar serapat dalam dos yang tinggi.
Maka, ianya susah disingkirkan di hati, memberi bebanan kepada buah pinggang. Ianya bukan sekadar herba ya. Walaupun anda makan buah dalam kadar yang banyak, ia turut memberi bebanan kepada hati. Senang difahami, BERSEDERHANA.

Itulah sebabnya saya mencipta maajun yang sesuai untuk ibu menyusu bayi di mana mengandungi halba dan habbatus sauda. Ianya sangat membantu meransang pengeluaran susu ibu.
Bagaimana anda hendak mengetahu bahawa maajun itu adalah 'milkbooster'? Anda akan berpeluh dengan banyak, di mana proses detoks berlaku dan ianya memang berlaku kepada Maajun Tembak Angin yang saya hasilkan insyaAllah! Maajun ini elok dimakan selepas seminggu bersalin. Namun, jika selepas bersalin, anda mengalami sakit yang teramat sangat di ari-ari dan sembelit yang teruk, maka boeh bermula makan seawal ini.
Maajun Tembak Angin ;-)


InsyaAllah kita cuba tambah apa yang kurang, kita cuba bantu apa yanga kita boleh.

Semoga ilmu bermafaat saya kongsikan bermanfaat kepada anda semua. Saya berharap anda sebarkanlah ilmu yang betul bagi membantu ibu-ibu muda di luar sana yang langsung tidak berpantang dan sakit badan hingga ke saat ini.
Bagi yang sakit, berpantanglah semula. Tiada apa-apa kerugian, malah badan anda makin sihat!



Ummi Syatirah
Kak Bidan Sempoi Sabah
018-3677769.
Qulusa Therapy, Pasir Putih Putatan.

~ Nak Pakej Berpantang Terbaik di Sabah? Klik link ni: Pakej Berpantang Terbaik
~Maajun Tembak Angin :-Maajun Kecutkan Peranakan




Sunday, August 13, 2017

Nak Sihat itu Mudah!

Anda nak tahu rahsia RATU👸 & PERMAISURI ISTANA kekal Cantik selepas Bersalin???


.

Mereka menggunakan Boreh Ajaib selama 100 hari berpantang tau! ðŸ˜Ž

Boreh Ajaib adalah rempah campuran pelbagai jenis herba berkualiti tinggi, diformulasikan untuk menarik segala toksin dan membantu memulihkan sistem badan kembali.
Ianya suatu ketika dahulu adalah lulur Ratu di Indonesia untuk mendapatkan kulit yang lembut dan putih  Kulit jadi putih melepak, pinkish dan lembut...Owh Mai God!!!!😊
Namun, formulasi kami diperbaharui bagi membantu merawat masalah saraf terutamanya ibu-ibu selepas bersalin dan membantu menyingkirkan toksik dan lemak daripada badan melalui sistem perpeluhan, di mana adalah cara terbaik untuk detoks kerana badan adalah organ detoks terbesar.

( Boreh Ajaib is a traditional warm spice exfoliation and wrap to help relieve muscle tension, aches and increases blood circulation)

Di sini saya share kan bagaimana anda nak SERVIS diri sendiri ya...

RAWATAN KAKI & DETOKS
1. Rendaman Kaki (detoks untuk bengkak kaki, ghout): Herba boreh ajaib 2 sudu+hirisan lemon+ 1 biji roselle + air suam
2. Rawatan Tumit Kaki Pecah : 4 sudu herba boreh+soda bikarbonat+ air panas
Rujuk Video pertama saya kongsikan di facebook saya ya. Klik sini: Rawatan Kaki

RAWATAN DETOKS KURUSKAN BADAN, KEMPISKAN PERUT
3. Bersauna : 2 sudu boreh ajaib+limau purut+ daun pandan & daun serai wangi
4. kempiskan Perut : 2 sudu boreh+ asam jawa/ limau

Rujuk Video Episod ke-2 saya, Klik sini:- KURUS


RAWATAN VAGINA 
5. Bertangas basah: 2-4 sudu boreh ajaib+ daun inai+daun sireh+manjani 2 sudu teh/ 2 biji+ 3 gelas air.
Bertangas kering: Panaskan batu sungai 10 minit dengan api perlahan,ambil 2 sudu boreh+ air asam jawa 1 sudu/ limau purut/ lemon+ air 5 sudu, jadikan paste, kemudian setelah batu keluarkan bau, letak paste tersebut atas batu dan perah limau.

Rujuk video episod ketiga saya :- VAGINA GRIP

 RAWATAN WAJAH ( RESDUNG) & TURUNKAN KUNING JAUNDISE BAYI

6. Stim Wajah : 2 sudu boreh ajaib + air 2 gelas, stim wajah selama 10 minit
Air Rebusan tersebut jangan dibuang, terus buat rendaman kaki untuk detoks. Sangat bagus untuk selesema dan nak elak demam ya. Namun, jika demam, boleh lebihkan rendaman kaki (3 kali sehari).

Rujuk Video episod ke-empat saya :TURUNKAN KUNING BAYI & RAWAT RESDUNG

Nak Cuba Rasa KEBERKESAN herba boreh ajaib ke atas badan anda? NAK DISKAUN??
Whatsupp di nombor bawah ya ;-)

Ummi Syatirah
Kak Bidan Sempoi

JOM RASAKAN KEHEBATAN BOREH AJAIB SEKARANG! : 

017-8387695

























Tuesday, July 25, 2017

BENARKAH TIDAK BOLEH MINUM AIR BANYAK KETIKA BERPANTANG?

Benarkah tidak boleh minum air yang banyak ketika berpantang?


InsyaAllah saya akan cuba kupas dari dua aspek berbeza ya.

Menurut Teori Perubatan Moden :-
Menekankan perlunya jumlah air yang mencukupi untuk mengelakkan kes darah beku di kaki ibu bersalin yang boleh menyebabkan salur darah di paru-paru tersumbat. Darah beku ini bergantung kepada hukum Virchow's Triad ( ilmu asas Patofisiologi). 3 elemen dalam pembekuan darah iaitu statis (tidak bergerak), hypercoagubality (keadaan darah mudah membeku) dan ketiga pula, endothelial injury (kecederaan pada salur darah)

Pada aspek fisiologi & biokimia, ketika wanita berpantang, kandungan bahan penggumpal / pembekuan darah berbeza komponennya. Darah menjadi lebih membeku ( hypercoagubality) bagi mengelakkan kejadian tumpah darah (PPH), di mana berisiko mendapat DVT ( Deep Vein Thrombosis, iaitu situasi darah beku di kaki) yang membawa pula kepada kejadian PE (Pulmonary Embolism, darah beku di saluran darah paru-paru).

Luka bersalin seperti luka episiotomi, koyakan perineum dan pembedahan LSCS, menyebabkan salur darah tercedera samada sedikit ataupun banyak (endothelial injury).
Saluran darah yang tercedera dan kekurangan air boleh mengganggu kelancaran aliran darah (stasis)

Teori Perbidanan Lama :-
Mengehadkan pengambilan air biasa ( air mineral), dengan melebihkan pengambilan air akar kayu dengan dos yang rendah. Jumlah air biasa dihadkan kerana dipercayai boleh menyebabkan rahim kembang, di mana selepas bersalin, rahim perlu melalui proses pengecutan.

Namun, bukan semua orang berani untuk mengambil air akar kayu kerana khuatir susu badan boleh berkurangan.


Perubatan moden percaya banyak kes darah beku di kalangan ibu berpantang disebabkan kekurangan minum air. Ada beberapa kes yang amat serius hingga membawa kepada kematian ibu. Apabila ketulan darah beku bergerak dalam aliran darah dan berhenti di paru-paru, membuatkan saluran darah tersumbat ( Venous Thrombo Embolism), iaitu carta ketiga teratas penyebab kematian ibu ( Maternal Motality) di Malaysia dan serata dunia.

Sebenarnya, mengikut teori Perbidanan Lama, mereka tidaklah mengehadkan jumlah pengambilan air, tetapi air biasa digantikan dengan air akar kayu bagi membantu proses penyembuhan badan ibu itu sendiri. Orang dahulu hanya minum air akar kayu selama 44 hari berpantang, maksudnya mereka perlu menyediakan air akar kayu berbotol-botol. Maka, sebenarnya kandungan air di dalam badan mereka adalah tinggi. Dengan keadaan badan yang lemah disebabkan kekurangan darah selepas bersalin, maka pengambilan air akar kayu ataupun jus buah adalah sangat membantu mempercepatkan proses penyembuhan buat ibu berbanding hanya meminum air biasa.

Apa yang terjadi kepada ibu-ibu moden pada hari ini ialah, mereka langsung tidak makan sebarang herba dan kurang meminum air, di samping makan makanan tidak berkhasiat sejak dari hamil hinggalah berpantang. Adab berpantang cara lama sebenarnya sudah cukup lengkap jika ingin dihuraikan secara ilmiah. Contohnya, meminum air herba atau menelan maajun dan urutan itu sendiri adalah cara terbaik membantu melancarkan pengaliran darah ke seluruh tubuh badan.


Hasil ilmiah bagi teori perubatan moden di atas dirujuk daripada penulisan buku, Ummi On Call lagi, tulisan Dr. Nurul Khairiyah Khairuddi, Doktor Pakar Sakit Puan, Hospital Kuala Lumpur.

Kak Bidan Sempoi Sabah.
Qulusa Therapy
UIS Special Therapy Sdn Bhd.
018-3677769.

* Saya tidak membenarkan anda copy paste penulisan saya untuk tujuan pemasaran produk anda. Setiap ilmu, ada adabnya.